Tuesday, September 7, 2010

IKLAN : Detox Foot Patch

Iklan:
Dapatkn pelekat (koyok) utk mbuang toksin dalam badan.
Harga runcit : RM2.50 sekeping.
Harga pek percubaan : RM23 (10 keping).
Boleh dapat harga lagi murah jika membeli lebih dari 50keping..
Kos penghantaran : RM3.50 (pesanan kurang 10 keping). RM6 (pesanan lebih dari 10 keping).

Utk pesanan melalui email: sila email kpd, masulieza@gmail.com.
TQ.
Selamat hari raya.
Klik pada gmbar utk imej lg jelas..

Wednesday, June 30, 2010

RINDU TERCIPTA BY LIYANA ZAHIM

Sinopsis
Saat Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati. Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya.
Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal.
Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari. Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambik keputusan untuk menjauhkan diri.
Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim. Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh itu.

Sinopsis ni dipetik dari kulit novel Rindu Tercipta terbitan Alaf 21.

Kata Aku.
Aku rasa penulis ini ada penulis baru dan msih fresh.
Walaupun novelnya sangat memberangsangkan dan dia boleh pergi jauh dgn menghasilkan novel yang lg menarik dan mendapat smbutan yg mengalakkan.
Apapun, novel nie mnarik, xda boring pon..

Support penulis tempatan.. ^-^

Monday, April 19, 2010

Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna

Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna

Sinopsis
Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau da cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkhawinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.
Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti - henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.
Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.
Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun, cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.
Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.
Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.
Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Sepupuku Suamiku terbitan Kaki Novel Enterprise.
Kata Aku...
Novel ni aku beli masa kt Giant, Shah Alam. Kebetulan g sana teman husband aku g ambik bdak2 dia kat PKNS..Sblm tu, sggahlah kejap kat PKNS. Aku sempat masuk MPH sementara suami aku sembang dengan kawan dia. Dalam banyak2 novel yang tersusun tu, aku tertarik dengan novel nie..
Pertama; sebab tajuknya. Sepupuku Suamiku. Macam aku dengan suami aku juga..Jadi aku ambiklah novel nie.
Kedua; sebab nama suami aku Hisham.. Bunyi sama, ejaan berbeza skit jer
Ketiga; Lukisan yang menarik
Keempat; Aku suka crite2 yang kawin dlu kemudian baru nk bercinta
Em..kesimpulannya, best jg. Tpi novel ni aku xdapat nk abiskan dalam satu malam(bnyak gangguan dan tumpuan sering terganggu)..Masa ni da sbuk nk bersalin...

Saturday, April 17, 2010

Tautan Kasih oleh Ryana Adrina

Tautan Kasih oleh Ryana Adrina

Sinopsis
Entah mengapa...Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya? Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi tapi dia tidak panai mengungkap kalimah cinta seperti kata seorang temannya;
'Kau harus pandai mengambil hati dan mencintai seorang lelaki andainya kau ingin mencintai mereka. Kau tak seperti gadis - gadis lain yang ternyata asyik meladeni hati dan perasaan dengan lelaki pujaan. Kau seperti tak pernah teruja punya seorang teman lelaki...'
Ah...lelaki! Perlukah dicari? Atau si dia akan datang dengan sendiri?Indah nama yang diberi tak seindah laingkaran hidup yang dilalui. Itulah Irfan Iskandar. Hidupnya dihujani tohmahan. Namun dia sedar, sekemas - kemas perancangan manusia, Allah jua yang bekuasa menentukan segalanya.

Athirah & Irfan - Kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang... pertemuan kedua berlaku di saat masing - masing hampir memulakan kehidupan baru.

'Haruskah mereka sekali lagi tunduk mengikut telunjuk takdir, menerima sahaja apa yang ada di depang mata? atau membiarkan sahaja hati terus memendam rasa kecewa?'

Sinopsis dipetik dari kulit novel Tautan Kasih terbitan Alaf 21.

Kata Aku...
Novel ni bukan dalam koleksi aku. Aku pun xpasti mcamne novel ni ada kat rak buku aku. Mungkin ada orang yang baca novel ni, dia ingat dia pinjam novel ni dari aku agaknya.

Menarik x.? Aku rasa menarik. Dan ini juga adalah kali pertama aku merasakan yang watak hero tu, si Irfan ni bersalah. Yelah, bersalah kerana memberi harapan pada seorang wanita dan kemudian menghancurkan harapan itu. tapi, macam di kata, soal hati sukar diduga. Takdir juga bukan kita tentukan.. Dalam soal hati, tiada siapa harus dipersalahkan..

Friday, April 9, 2010

Jiwa Merindu oleh Erin Zehana

Jiwa Merindu oleh Erin Zehana

Sinopsis

Pertemuan semula dengan Luqman benar - benar tidak di duga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.
Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan bapanya. Dia pasrah dalam duka.
Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh curiga dan tida sefahaman...bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh - sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Jiwa Merindu terbitan Alaf 21.

Kata Aku..

Novel ni diterbitkan tahun lepas (2009). Aku rasa penulis ni, mungkin penulis baru memandangkan aku xpenah dengar namanya atau aku sendiri yang tidak menyedari kehadiran penulis nie..Aku berjaya menghabiskan novel ni dalam satu malam.Beberapa jam sahja. Tak sangka aku masih mampu membaca sesuatu novel dalam satu malm sahaja. Dlu aku mampu, tpi kerana komitmen pada perkara lain, aku jarang berjaya menghabiskan pembacaan tu dalam satu malam shj.. Mungkin, aku sangat senggang mlm td(tgh berpantang)..jd berjaya aku menghabiskannya..

Ok,..aku rasa novel ni menarik juga. Yang penting kisah orang yang sama2 bujang dan juga kisah orang yang sama2 setia.(Novel cinta memang macam tu kan..hihi). Tapi kenapa father Natasha x suka Luqman..? Aku xfahm.. Tidak kupasan yang mendalam mengenainya. Dan juga kenapa Natasha xnak lawan father dia sedangkan dia patut utamakan suami.? Sedangkan sebelum berkawin pon, slalu juga dia menentang father dia..?

Wednesday, April 7, 2010

Selamat Tinggal Sayang oleh Ma Lee Chuswan

Selamat Tinggal Sayang oleh Ma Lee Chuswan

Aku ingin menjadi 'puteri'..kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri - puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian dogeng zaman kanak - kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskan jua satu yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...

Sinopsis dipetik dari kulit novel Selamat Tinggal Sayang terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

Kata Aku.
Novel ini sudah berada dalam koleksi aku dari tahun 2003. Masa tu aku masih lagi blajar kt kolej. Novel ni tak mengandungi banyk subtopik yang lain.. Lebih bertumpu kepada kisah hero dan heroinnya sahaja. Kisah latar belakang mereka serba sedikit dan konflik dalaman mereka masing2. Aku da banyak kali baca noveel ni. Mesti lah best. Setiap kali baca, setiap kali tu lah tersentuh hati nie. Nangis lah, apa lg..

Tuesday, April 6, 2010

Jauh - Aisya Sofea

Sinopsis
.
.
IKA bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.

Aku mahu sahaja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja.

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh - jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membaka. Meski telah padam, namun baranya masih ada.

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.

Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata - mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit...terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa..!



Sinopsis ini dipetik dari kulit buku Jauh oleh Aisya Sofea terbitan Alaf 21.
.
.

Kata aku..

Novel ni lama da diterbitkan. Novel pertama Aisya Sofea. Aku mmg blum berkesempatan membca novel ni. novelnya ringkas sahaja tapi menarik..

Apapun, aku enjoy membcanya..

Tuesday, January 5, 2010

LaGu Rindu by Ayu Emelda


Sinopsis

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan - angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seorang.


Indah kata yang diucapkan dulu, rupa - rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, aya yang ada di depanku. Gelagat Sofea membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian. Jauh benar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofea sperti begitu bermakna buat dirinya?
Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya.
Tangisan semalaman sudah ternoktah.Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sesekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namu aku nekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelenggu derita madu cinta!

Sinopsis dipetik dari kulit buku Lagu Rindu oleh Ayu Emelda terbitan Alaf 21.

Kata Aku..
ni novel pertama aku untuk 2010. Beli masa balik dr Beranang kat Rawang.
rupa - rupa novel ni da lama di terbitkan. Dan da diulang cetak banyak kali dari tahun 2006. Kata orang, kalu novel ni diulang cetak, maksudnya bestlah novel tu. Bila ada permintaan dr pembaca, jd akan ada ulang cetak..
Ok.. kesimpulannya..mmg novel nie best.. Kalau aku jumpe atau baca novel ni di awal kemunculannya waktu itu(2006), mesti aku akn kata lg best.. Yelah, dlu aku kan memilih novel brdasarkan nama penulis.. Bila ada penulis yang aku xkenal, xdalah aku beli novelnye.. Sory..

Monday, January 4, 2010

CiNTa DatanG LaGi by Bikash Nur Idris


Sinopsis

Cinta bukan sekadar ungkapan kata - kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai, Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya...mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing - masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki tiu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

>>>......<<<

Sinopsis dipetik dari kulit buku Cinta Datang Lagi oleh Bikash Nur Idris terbitan Alaf 21.


Kata AKu...

Aku jadi kemaruk mencari novel2 terbaru Bikash Nur Idris. Aku rasa penulisannya agak bagus, happy2 dan menarik juga novel2 hasil penulisannya.

Novel ni best. Nak kata mcm menyahut seruan Satu Malaysia pon iye juga. Sebab dia memajmukkan watak2 dalam novel ni.. Mereka bukan asli (maksud aku Melayu+Cina @ India+Melayu @ etc)

Tapi kan, logik tak seorang lelaki yang menyintai seorang wanita akan mudah jatuh cinta dengan seorang lain pada pertemuan kali pertama..? Mesti dia tak sayang sangat kot dengan perempuan yang pertama..haha..

Apapun, novel ni memang best!...