Friday, April 9, 2010

Jiwa Merindu oleh Erin Zehana

Jiwa Merindu oleh Erin Zehana

Sinopsis

Pertemuan semula dengan Luqman benar - benar tidak di duga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.
Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan bapanya. Dia pasrah dalam duka.
Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh curiga dan tida sefahaman...bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh - sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Jiwa Merindu terbitan Alaf 21.

Kata Aku..

Novel ni diterbitkan tahun lepas (2009). Aku rasa penulis ni, mungkin penulis baru memandangkan aku xpenah dengar namanya atau aku sendiri yang tidak menyedari kehadiran penulis nie..Aku berjaya menghabiskan novel ni dalam satu malam.Beberapa jam sahja. Tak sangka aku masih mampu membaca sesuatu novel dalam satu malm sahaja. Dlu aku mampu, tpi kerana komitmen pada perkara lain, aku jarang berjaya menghabiskan pembacaan tu dalam satu malam shj.. Mungkin, aku sangat senggang mlm td(tgh berpantang)..jd berjaya aku menghabiskannya..

Ok,..aku rasa novel ni menarik juga. Yang penting kisah orang yang sama2 bujang dan juga kisah orang yang sama2 setia.(Novel cinta memang macam tu kan..hihi). Tapi kenapa father Natasha x suka Luqman..? Aku xfahm.. Tidak kupasan yang mendalam mengenainya. Dan juga kenapa Natasha xnak lawan father dia sedangkan dia patut utamakan suami.? Sedangkan sebelum berkawin pon, slalu juga dia menentang father dia..?

3 comments:

erin zehana said...

tq misa coz sudi baca nvel saye..
saya rse terpggl utk jwb soalan awak ttg JW.
Bapa Natasha tak sukakan Luqman kerana fitnah Melisa, ibu tiri Natasha yang berdendam kerana cintanya ditolak oleh Luqman.
Saya mencipta watak Natasha yang keras kepala dan degil. Tapi, dia masih sedar tanggungjawab dia sebagai anak. Memang sepatutnya dia mengutamakan suami tapi dia juga tidak mahu digelar anak derhaka dlm masa yg sama.
Apa-apa pun saya sgt2 menghargai komen yang awak berikan :)

Masuliza said...

hi erin zehana..
trima kasih jg krn mjwb psoaln sy.. (-_-)

erin zehana said...

same2 :)