Sunday, December 2, 2007

Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha

Sinopsis
Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
..^-^..
sinopsis dipetik dari kulit buku Kasih Yang Suci terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata aku.
Sejak mengenali setiap penulis novel dan meminati tulisan mereka, ini kali pertama aku membeli novel yang tidak aku kenali atau pernah dengar namanya. Mungkinkah ini adalah penulis baru? Jadi, bagaimana harus aku katakan tahap kepuasan aku terhadap novel ini?
Keseluruhannya, aku cuma boleh katakan bahawa aku tidak membaca novel ini untuk kali ketiga dan mungkin hanya untuk kali kedua. Selepas itu, mungkin agak sukar untuk aku membacanya lagi. Mungkin penulis - penulis novel ketika ini agak ketandusan idea dalam menghasilkan sesuatu jalan cerita yang segar, tidak stereotaip dan unik.
Novel ini menampilkan hero yang berbangsa Cina dan kemudian memeluk agama islam yang kemudiannya berkahwin dengan Nora Elena. Aku sangat tidak berpuas hati kerana tidak dapat merasai 'feeling' bahwa dia adalah seorang yang berbangsa Cina kerana karakter atau wataknya tidak digarap dengan baik malah seperti satu perkataan sahaja bahawa dia berbangsa Cina. Lebih baik, jika dia dikatakan adalah seorang Melayu. Permulaan cerita sahaja aku sudah mula membenci wataknya. Namun aku tersedar bahawa jika aku terus membenci wataknya, novel ini tidak akan habis aku baca dan membiarkan diri membayangkan wajah Seth seperti hero Hong Kong, Nicholas Tse supaya novel ini dapat aku tamatkan.
Yang pasti dan jayanya, tiada satu muka surat yang aku langkah. Setiap helaian dibaca.
..^-^..
..^-^..
Memang sukar melahirkan satu cerita yang bernas, jika kesungguhan dan kebosanan selari.

3 comments:

putra_lissa said...

:) akhirnya novel ini di drama kan dgn tajuk "NORA ELENA" di Slot Akasia TV3.

Anonymous said...

first time tgok cte uh..pktaan ptme kua ialah:
terbek r "NORA ELENA"

Misa Amane said...

hihi..ramai yg suka drama Nora Elena nmpaknya..