Tuesday, November 18, 2008

SEREDUP KASIHMU BY NIA AZALEA

Seredup Kasihmu by Nia Azalea

Sinopsis
Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa. Lea Haryani tidak begitu senang hati dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada - ada sahaja yang kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal - usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa - bawa hinggakan ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan Emir Safwan untuk memikat Hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruhnya anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar - benar menyintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah luka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayarkan untuk satu kemaafan.?

Sinopsis dipetik dari kulit novel 'Seredup Kasihmu' terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata Aku
..^-^..
Novel ni aku dah baca banyak kali juga. Dah lebih kurang 4 tahun novel ni diterbit tapi aku sentiasa merasakan dan menganggap novel - novel ini tidak akan luput ditelan masa. Mengambil latar belakang UTM dan aku sememangnya dapat mengagak kenapa UTM dijadikan latar belakang. Pertama, mungkin ini novel terdahulu dan menjadi UTM sebagai latar sebuah cerita kerana adalah sangat hampir dengan kehidupan penulis adalah lebih mudah dan mesra. Penulis adalah student UTM..so, dia lebih memahami keadaan UTM, Skudai. Jalan ceritanya ok. Tapi sinopsis yang ditulis di kulit novel ini, aku sangat tidak bersesuaian. Macam menipu pembaca untuk membeli pula. Sebenarnya, Emir tak pernah menyukai Lea dari awal lagi. Jadi, bukan itu alasan yang perlu dijadikan ketika Emir sibuk mengejar dan ingin berkawan dengan Lea. Dia cuma ingin menjadi Lea sebagai guru.Apapun, novel ini aku masih ingat jalan cerita. Bolehlah aku kategori sebagai novel yang diulang baca. Haha, baru tadi aku cakap kat adik aku, "beli buku memang untuk baca berulang kali..kalau tidak, membazir sahaja beli jika hanya membaca sekali"..(macam suratkhabar). Taknak rugi beli suratkhabar tiap2 arini..amalkan memotong keratan rencana(umum) didalam akhbar tersebut.Supaya boleh digunakan dalam membuat tesis, karangan spm, tugasan (mcm aku selalu lakukan..). Contohlahkan..aku simpan keratan akhbar mengenai MAHA 2008, pastu..dengan keratan tu aku jadikan bahan untuk menulis esei bagi 'Pertandingan Menulis Esei 2008 anjuran DBP aritu..hehe..
p/s;aku tak sabar nak tulis pasal novel Ternyata Cinta..

No comments: