Saturday, December 8, 2007

ButterFly by Melly Goeslow

Butterfly

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih diri mu
Setitik rasa itu menetes dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantung mu
Mencintai ku apalagi aku
Jadikanlah diri ku pilihan terakhir hati mu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi angan ku untuk meraih mu
memeluk batin mu yang sama kacau karena merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you

Jalan ini jauh namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan mendekati mu
Namun ku tunggu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi angan ku untuk meraih mu
memeluk batin mu yang sama kacau karena merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you

Sunday, December 2, 2007

Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha

Sinopsis
Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
..^-^..
sinopsis dipetik dari kulit buku Kasih Yang Suci terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata aku.
Sejak mengenali setiap penulis novel dan meminati tulisan mereka, ini kali pertama aku membeli novel yang tidak aku kenali atau pernah dengar namanya. Mungkinkah ini adalah penulis baru? Jadi, bagaimana harus aku katakan tahap kepuasan aku terhadap novel ini?
Keseluruhannya, aku cuma boleh katakan bahawa aku tidak membaca novel ini untuk kali ketiga dan mungkin hanya untuk kali kedua. Selepas itu, mungkin agak sukar untuk aku membacanya lagi. Mungkin penulis - penulis novel ketika ini agak ketandusan idea dalam menghasilkan sesuatu jalan cerita yang segar, tidak stereotaip dan unik.
Novel ini menampilkan hero yang berbangsa Cina dan kemudian memeluk agama islam yang kemudiannya berkahwin dengan Nora Elena. Aku sangat tidak berpuas hati kerana tidak dapat merasai 'feeling' bahwa dia adalah seorang yang berbangsa Cina kerana karakter atau wataknya tidak digarap dengan baik malah seperti satu perkataan sahaja bahawa dia berbangsa Cina. Lebih baik, jika dia dikatakan adalah seorang Melayu. Permulaan cerita sahaja aku sudah mula membenci wataknya. Namun aku tersedar bahawa jika aku terus membenci wataknya, novel ini tidak akan habis aku baca dan membiarkan diri membayangkan wajah Seth seperti hero Hong Kong, Nicholas Tse supaya novel ini dapat aku tamatkan.
Yang pasti dan jayanya, tiada satu muka surat yang aku langkah. Setiap helaian dibaca.
..^-^..
..^-^..
Memang sukar melahirkan satu cerita yang bernas, jika kesungguhan dan kebosanan selari.

Saturday, December 1, 2007

Malaysiaku

Panda jelmaan
Panda sebenarnya -Zoo Negara


Burung ape yer, yang pasti bukan bangau. -Zoo Negara


Father of goat




KLCC - Petronas TwinTower




Pantai di 'kampung saya"


Kapal yang dah lama terbengkalai..dibawa oleh air pasang surut sampai ke daratan.





Kisah dari Bambino!

Apa itu Bambino..

Bambino adalah sebuah drama bersiri Jepun lakonan Jun Matsumoto, pelakon dan juga penyanyi dari kumpulan J-Pop terkenal di Jepun iaitu Arashi..*arashi = storm (meaning of Arashi).

Aku sangat suka drama ini kerana ia memberi kita motivasi. Sesetengah orang kadang kala tidak memerlukan sebarang sumber untuk memupuk motivasi diri dalam mereka. Namun begitu, sebaliknya berlaku kepada aku. Aku suka menonton drama - drama Jepun terutama yang menceritakan kesukanan, cita - cita dan cinta kerana banyak menyelitkan semangat atau kesungguhan mereka untuk berjaya. Walaupun ia sebuah kisah cinta, tetapi akan diwujudkan satu 'ungkapan atau kata - kata perangsang' untuk mengambarkan semangat mereka dalam memiliki cinta, berusaha menjadi kuat jika tewas dari cinta dan seolah - olah tiada isitilah tewas atau lemah dalam diri mereka. Aku akan berasa semangat selepas menonton drama - drama ini. Dan ia adalah sumber aku dalam mendapatkan semangat atau motivasi diri.

Sebelum Bambino, drama yang benar - benar memberi kesan kepada aku ialah Good Luck lakonan Takuya Kimura. Seperti mendapat semangat baru yang tidak pernah aku miliki selesai sahaja menonton drama itu. Bertitik tolak dari drama inilah, aku mula menyukai drama Jepun dan sering tercari - cari motivasi yang cuba ditampilkan di dalam setiap drama yang ditontoni. Kadang kala, siri animasi mereka juga banyak motivasi. Namun, terjemahan bahasa kadang kala tidak bersesuai dengan budaya Malaysia dan disebabkan itulah timbulnya isu mengatakan siri animasi seperti Naruto disesuai ditonton kanak - kanak kerana bahasa yang kesat seperti yang dilaporkan baru - baru ini. Banyak lagi siri animasi yang memberi motivasi (Shin Chan tidak termasuk-memang tidak sesuai dalam membentuk minda sihat kanak - kanak) seperti Bleach, Trinity Blood, Slam Dunk, Prince Tennis dan pelbagai lagi.

Berbalik kepada Bambino, kisah seorang remaja yang bercita - cita menjadi tukang masak masakan Itali. Merasakan diri sangat hebat memasak, namun tidak menyedari bahawa memasak di dapur sekolah memasak, tidak sama seperti memasak di dapur memasak sebuah restoran terkenal di bandar Tokyo. Tetap bercita - cita menjadi chef masakan Itali terhebat walaupun terpaksa bermula dari pelayan restoran. Seperti kata ketua tukang masak, 'bagaimana kita nak masak masakan yang hebat jika tidak dapat melihat reaksi pelanggan'.
^-^ Aku ingat lagi dialognya tetapi aku terjemah kepada melayu..'Pergi sejauh mana kau boleh pergi." Akhirnya, Bambino telah menanam impian untuk ke Itali. Walaupun tiada sebarang pengetahuan dan pengalaman yang cukup, Bambino percaya akan ada tempatnya di Itali dan dia merasakan Itali sedang menunggunya! Finally, he went to Itali and work there.
...
...
^-^ Ingin tinggal setahun di Jepun untuk merasa 4 musim negara itu..^-^

Seharum Kasih - Aina Emir

Sinopsis

Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata- kata tanpa kenal wajah, tanpa denga suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagian sudah didepan mata?
Sayang sekali ...gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki yang sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.
Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad. Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki.
.
Sinopsis dipetik dari kulit buku Seharum Kasih terbitan Alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata aku.
Mungkinkah penulis ini mendapatkan idea menulis jalan cerita perkenalan antara Reeza dan Rasya ketika sms popular dikalangan orang muda yang banyak berkenalan melalui sms..? Memang seronok dapat sms dari orang baru, nak2 kepada orang yang baru shj menggunakan handphone. Layan semua panggilan atau sms yang terima..
Aku hampir lupa jalan cerita buku ini, tetapi minggu lepas aku telah membaca semula novel ini. Secara serta merta ingatan terhadap perasaan ketika kali pertama membaca novel ini menjelma di minda. Waktu itu aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan perkenalan melalui sms. Terasa terlalu hampir dengan kehidupan aku.? Mungkinkah aku pernah jatuh cinta melalui mainan sms? Dah tentulah tidak. Tetapi mengenali seseorang yang menjadi kawan akrab melalui sms.
..^-^..
..^-^..
Jika ada peluang melangkah jauh, pergilah sejauh yang boleh.

Monday, November 26, 2007

Bicara Hati - Damya Hanna

Sinopsis

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak - hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
p/s :sinopsis dipetik dari kulit buku Bicara Hati terbitan alaf 21.
Kata aku...
Aku suka sangat baca novel ni. Kali pertama baca novel ni adalah dipinjam dari kawan tapi bila asyik nak pinjam untuk dibaca kali ke berapa ntah, aku pun xpasti..memaksa aku membeli sendiri novel ini. Memang menarik kerana ia membuatkan aku tertawa sendiri dan kadang - kadang ada teman sebilik kata 'Masu dah gila'.. Terukkan diaorang. Mujurlah aku ada seorang kawan yang mempunyai karakter yang sama seperti aku. Cuma yang membezakannya ialah bahan bacaan kami. Dia akan ketawa sendiri jika membaca komik walaupun komik itu komik kisah pergaduhan.
Komen seorang kawan mengenai buku ini mengatakan tidak logik jika hanya kerana lipas, mereka bersama. Memang kadang kala bahan bacaan seperti ini ada unsur luar dari logik atau realiti. Tapi aku dah menganggap ia sebagai hanya bahan bacaan untuk hiburan diri. Jika aku rasa hati ini gembira atau buat aku happy go lucky kesan dari membacanya..itu adalah keuntungan yang aku perolehi. Jika orang lain tidak mengalami kesan yang sama seperti aku, novel atau bahan bacaan seperti ini tidak sesuai untuknya. Kena lah cari bahan lain.. Yang pasti, kita perlu saling hormati kesukaan orang lain.!

Warisan




anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa diantara kita
cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
kitakan merintis sendiri

jangan buang waktu lagi
majulah raih semua mimpi
hapuskan sengketa teruskan usaha
kitakan gagah dinusantara

semangat di BTN..

Ingatan di Zaman Persekolahan

Mutiara Kata

Semalam aku telah membuka semula buku catatan sewaktu zaman persekolahan. Aku sangat sayang buku ini, ibarat seperti diari dan membezakan ialah tiada catitan suka duka di dalamnya tetapi hanya keratan akhbar atau majalah yang menarik pernah ku baca seperti kata - kata mutiara atau idea seseorang penulis yang bernas dan berkesan kepada aku yang telah ku jadikan koleksi.
Saat diri lemah atau hilang fokus terhadap sesuatu perkara, buku ini akan menjadi tatapan dan ia merupakan satu peringatan kepada aku dalam mencari semula kekuatan diri dan bangkit dari kelemahan akal yang sedang menganggu diri malah boleh merosakkan masa depan jika ia berterusan.

Take time to look
It is the price of success
Take time to think
It is a source of power
Take time to play
It is the secret of perennial youth
Take time to read
It is the source of wisdom
Take time to be friendly
It is the way to happiness
Take time to laugh
It is the music of the soul
Masu
26/11/07

Friday, November 23, 2007

Koleksi Pertama : Ombak Rindu

OMBAK RINDU BY FAUZIAH ASHARI
Sinopsis
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha telah mengambil alih tugas memelihara Izzah. Isteri Pak Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencan dalam keluarga.
Pak Taha seorang yang banyak berhutang.Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Disitulah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan pertama bernama Hariz. Hariz telah membeli dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair mengugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
p/s: sinopsis dipetik dari kulit buku Ombak Rindu, terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata aku..
..^-^..
..^-^..
Mengapa aku beli novel ini? Sebenarnya aku pernah membaca novel terdahulu Fauziah Ashari iaitu Pergilah Sepi dan novel itu agak menarik juga kerana aku telah meminjam buku itu berkali - kali dan membaca berulang - ulang. Aku tidak dapat mengulas lanjut mengenai novel Pergilah Sepi ini memandangkan ingatan aku terhadap jalan cerita novel ini sudah semakin pudar memandangkan ianya ku baca 3tahun yang lalu dan tiada dalam koleksiku.
Apabila aku melihat novel terbaru beliau dipasaran, terdetik di hati untuk mengikuti hasil penulisan beliau seterusnya. Dan ia tidak mengecewakan. Ombak Rindu boleh dikatakan salah satu dari novel kegemaran aku.
Bagaimana dengan hasil penulisan Fauziah Ashari? Pada pendapat aku, semua penulis novel adalah baik dalam penulisan mereka. Gaya penulisan berbeza - beza dan begitu juga citarasa masing - masing. Namun, bahasa melambangkan keintelekan kita. Jadi, pamirkan keintelekkan kita dalam penulisan biar tiada siapa sedari siapa kita sebenarnya.
p/s : Jangan senyum jika anda tidak mahu melakukan. Senyuman pada insan, jgn senyuman pada manusia.

Menambah Pengetahuan Melalui Pembacaan

Ramai mengatakan bahwa dengan membaca kita dapat meluaskan pengetahuan. Memang ianya benar dan tidak wajar untuk disangkal. Satu ketika dahulu, membaca sememangnya perkara pokok dalam mengetahui sesuatu perkara. Jika mereka yang tidak tahu membaca, akan mendengarlah cerita dari teman - teman. Sambil minum di kedai kopi, ceritera atau peristiwa yang terjadi di sekitar mereka akan diperhebahkan disini. Walaubagaimanapun, had peristiwa yang diketahui itu ketika itu adalah terhad, hanya mungkin sekitar kampung, atau pekan atau bandar sahaja. Tetapi kini, ceritera atau peristiwa meliputi seluruh dunia dapat diketahui dengan kemajuan teknologi yang semakin maju kini.
Aku tidak lahirkan bijaksana. Cukup jika hanya mengatakan bahawa diri ini terbaik diantara mereka yang sederhana. Mujurlah aku memiliki seorang kakak yang sangat baik hati dan prihatin dimana sangat rajin membelikan aku buku - buku untuk bacaan kami adik - beradik. Kakak aku mula membelikan buku saat aku mula melangkah ke alam sekolah tadika. Pelbagai buku latihan yang dibelikan untuk aku menjadi bijak. Dan aku sangat lurus dalam hal ini, sentiasa menyiapkan latihan - latihan tersebut sedangkan hanya pelajar sekolah tadika sahaja. Kenapa perlu tertekan? Kadang kala timbul rasa bersalah jika tidak sentuh buku - buku tersebut dalam satu hari itu. Kenapa kan? Mungkin kerana kami berasal dari keluarga yang susah, jadi buku yang dibeli itu amat berharga nilainya dan manfaat kepada kami adik beradik.
Apabila aku berada di sekolah rendah(1994),aku darjah 4, bahan bacaan aku bertukar kepada buku yang tebal sedikit. Siri Hadi iaitu salah satu dari buku penyiasatan yang amat popular ketika itu menjadi bahan bacaan aku sehingga ke sekolah menengah. Banyak koleksi buku - buku tersebut masih baik dalam simpananku kini dan ada diantaranya sudah diberikan kepada anak saudaraku.
Ketika aku berada di sekolah menengah, minat beralih kepada novel cinta. Novel ditulis oleh Ahadiat Akasyah ketika itu sangat popular terutama Lagenda Budak Setan. Setiap kali guru tidak masuk kelas, buku itulah yang menjadi santapan. Kadang kala sewaktu guru sedang mengajar pun masih sempat diintai novel tersebut gara - gara tidak sabar nak ketahui penamat atau kesudahan cerita. Sewaktu disekolah menengah, aku tidak memiliki sebarang koleksi buku yang boleh diceritakan atau dikongsikan disini. Biasalah, pelajar sekolah menengah bukannya ada duit untuk beli novel atau apa - apapun. Lebih baik beli buku rujukan dan latihan. Namun yang penting, langganan dewan siswa setiap bulan adalah amat ditunggu. Aku suka sangat baca cerpen - cerpen hasil nukilan pelajar didalam majalah tersebut. Dan yang penting, cerpen aku pernah tersiar didalammya. Itu yang aku suka..!
Aku mula memiliki koleksi buku terutamanya novel ketika berada di intitut pengajian tinggi. Kali pertama mempunyai sebuah novel, masih belum menimbulkan sebarang perasaan gembira, bangga, seronok dan pelbagai. Akan tetapi, ia berubah apabila memiliki koleksi yang kedua. Sangat teruja apabila melihat novel-novel itu tersusun kemas di dalam loker asrama aku. Aku jadi tidak sabar memiliki novel seterusnya. Setiap bulan aku akan membeli satu novel untuk bahan bacaan dan seterusnya menjadi koleksi aku.
Kini, koleksi itu menjadi kebanggaan dan kegembiraan diri sendiri. Gembira seolah itu adalah harta yang amat bernilai. Aku jarang sekali mengizinkan orang lain pinjam buku itu untuk jangka masa yang lama. Aku hanya membenarkan mereka yang benar - benar minat membaca kerana mereka tidak akan mengambil lebih dua hari untuk habis membaca sebuah novel.
Membacalah apa sahaja yang kita terlihat walau ia hanya papan iklan di tepi jalan!


Yakin dgn diri sendiri. Kita sahaja yang tahu kebolehan kita tetapi dgn keyakinan yang ada, lebih dari tahap kita orang menilai.

masuliza / 23.11.07