Wednesday, January 21, 2009

Izinkan KuBahagia by Leeya Myra

Izinkan Kubahagia by Leeya Myra

Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa - rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui Soraya, Nadya dan Zafir.Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

"Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat cinta." Zafir
meluahkan perasaannya.
"Sayang saya pula sayang seorang guru kepada muridnya!" Soraya tegas
menolak lamaran cinta itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. "Antara saya dan cinta pertama awak, siapa yang lebih penting?" Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.
Sesak nafas Zafir. Perasaannya terbelah dua. Dia jadi keliru. Hatinya untuk siapa? Nadya tunangnya dan Soraya pula cinta pertamanya. Siapakah kunci kebahagiaannya.? Mereka terperangkap antara harapan, kenangan dan masa depan. Di manakah titik pertemuan mereka? Sedangkan cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir...

"Izinkanku bahagia..." bisik Nadya.Bisikan yang sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Izinkan Kubahagia terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata Aku.
..^-^..
kali pertama baca ringkasan novel ni adalah kat majalah dara. Memang ada niat nak cari novel ini. Tapi setiap kali sampai @ berada kat kedai buku tu, mesti aku terlupa akan tajuk novel ini atau penulis novel ini. Akhirnya, aku berjaya juga memilikinya. Tapi itu pun secara tak sengaja setelah aku tidak menjumpai novel yang aku kehendaki. Mungkin, nak aku habiskan pembacaan novel ni kot.
Oklah novel ni. Cuma bile memikirkan hubungan Nadya dan Fakir tu, aku rasa letih membaca. Seolah - olah aku terikut sekali kepada hubungan mereka yang dah terjalin bertahun - tahun lamanya. Aku sendiri terasa bosan dengan hubungan perjalanan cinta yang bertahun - tahun ni. Tapi aku bermaksud bosan dengan novel ni. Aku terlalu menghayati je.

Lastly, thanks kepada penulis novel ni kerana reply my email..tq