Tuesday, November 4, 2008

HANYA KERANA CINTA BY NORHAYATI IBRAHIM

HANYA KERANA CINTA BY NORHAYATI IBRAHIM

Sinopsis
Kesuma ingin disayangi dan dimanjai oleh lelaki itu. Didakap dalam kasih sayang yang sarat. Dicintai dalam simpunan kasih yang erat. Bersatu dalam paduan cinta. Hanya kerana lelaki itu... hanya kerana dia... lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati lalu menghuni kamar asmaranya. Dia yang telah mengukir kata cinta di layar impian. Hanya kerana dia... Kesuma nekad dengan keputusannya. Membawa diri... Kesuma menjejak kekasih yang telah kembali ke bumi asal bersama pencarian dan persoalan yang telah selesai. Lalu di sanalah cintanya diarak pulang untuk disandingkan di singgahsana bahagia. Dan air mawar pun direnjis mengiringi sebuah perjalanan yang baru bermula...
..^-^..
..^-^..
Kata aku.
..^-^..
..^-^..
Tahun terbit novel ini, 2005. Masa tu, aku baru je tamat belajar atau sedang menjalani praktikal. Pertama kali, aku ingin mengatakan bermula dengan novel dan seterusnya(ketika ia diterbitkan), aku mula melihat ia bahwa ketika ini adalah permulaan keluarnya novel - novel yang padat dengan ilmu. Novel Hanya Kerana Cinta mempunyai ilmu di dalam. Bukan hanya kisah cinta antara Kesuma dan Daniel atau Abdul, tapi kisah kasih sayang keluarga yang dari pelbagai sudut. Kisah suami yang menyayangi isteri tapi tak boleh melakukannya, adik - beradik dan mak dengan anak. Jarang sekali sesebuah novel berlatarkan position heroin itu sebagai orang bergelumang dengan dadah. Tapi bukan penagih dadah. Tapi mereka yang menghasilkan ubat darinya. Jadi kajian perlu dilakukan. So, aku rasa bukan ilmu ada ilmu. Dan novel ini ada unsur romantik, funny and fun..!

Sinopsis dipetik dari kulit novel 'Hanya Kerana Cinta' terbitan Creative Enterprise.

p/s: Sebenarnya, aku ingin mengulas panjang. Namun begitu, agak rumit untuk di ulas mengenai sesuatu yang fakta. Apapn novel ini adalah fenomena yang baru ketika itu.

No comments: