Wednesday, November 5, 2008

SETIA MENANTI BY FAUZIAH ASHARI

Setia Menanti by Fauziah Ashari

Sinopsis
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun - tahun dia merawat hatinya sendiri.Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal. Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya. Adrina benar - benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.
..^-^..
..^-^..
Sinopsis dipetik dari kulit novel Setia Menanti terbitan Alaf 21.
..^-^..
..^-^..
Kata Aku
Aku tidak ingat adakah aku pernah baca novel ni untuk kali kedua. Aku tidak pasti tapi memang aku merasakan tidak. Aku memang tidak ingat bagaimana jalan cerita novel ini. Sesungguhnya ia sebuah novel yang sangat membosankan. Mungkin bosan dengan watak lelaki itu sendiri. Ia diwujudkan dengan membawa sebuah keadaan diri seperti tidak berpendirian, tidak membawa
kekuatan seorang lelaki dan suami. Entahlah, yang pasti tak best.
p/s: Pernah mendengar cerita mengenai wanita dan epal.? Pedoman untuk mereka bergelar wanita.

1 comment:

layar2009 said...

novel ni memg best.. jalan cter menarik.. tapi penggunaan ayat terlalau berjela2.. n adakala agak membosankan.. but overall memg best..