Sunday, November 16, 2008

ANAK PEREMPUAN KABARET BY ELIAS HJ IDRIS

Anak Perempuan Kabaret by Elias Hj.Idris

Sinopsis
Nurul Fasha, anak seorang perempuan kabaret mencari lelaki yang membuatnya lahir di atas muka bumi ini. Dalam pencarian itu dia menempuh saat getir penuh danur dan pura - pura kota raya. Namun dia meniti kejayaan dalam kerjaya modelingnya. Dalam pada itu hatinya tersangkut pada Imran yang memilih Amelia. Sayang lelaki itu disihirkan ibu mertuanya yang sering menyelap. Ada kain berdarah dan jenglot lagi. Nurul Fasha menemui lelaki yang dicarinya itu...siapa?
..^-^..
..^-^..
Kata Aku.
..^-^..
Pertama,aku nak puji potret kat kulit buku novel. Potret yang benar-benar penuh asyik, melankolik dan 'hidup'. Novel ini agak tebal juga(651ms). Bukan aku tidak suka membaca novel yang tebal, cuma dah lama tak baca bahan bacaan yang tebal begini dan juga banyak tulisan. Sejak melangkah ke alam pekerjaan dan sibuk dengan aktiviti pelajaran hari minggu, aku lebih kerap menghabiskan membaca komik. Komik tidak terlalu banyak tulisan,malah ada gambar yang mana ia telah terjermahkan segala perbuatan berbanding novel yang memerlukan perkataan untuk huraian setiap perbuatan. Namun begitu, aku masih membaca dan mengumpul novel - novel terbaru kerana itu antara cara aku menghilangkan kebosanan dan tekanan, yang penting juga adalah ia merupakan hobi utama aku. Hobi yang tidak harus aku tinggalkan kerana ia sahaja yang sebenarnya membawa diriku kepada diri sendiri dan istimewa di mata sendiri. Walaupun orang tidak melihat aku istimewa tetapi apa yang aku lakukan pada diri sendiri adalah perkara yang istimewa. ahh, melalut pula.Yang kedua, aku tertarik untuk membeli novel ini ketika itu adalah kerana perkataan 'Novelis Terbaik-1995'. Ketika itu, aku sedang mencari - cari karya penulis yang aku tidak kenali. Aku sedang cuba mempercayai bahawa penulis yang tidak mempunyai nama yang besar, belum tentu tidak dapat menghasilkan novel / karya yang menarik. Mungkin ada di kalangan peminat dunia penulisan mengenali ELias Hj Idris, tapi sejujurnya aku tidak pernah mengenalinya. So, aku buat keputusan untuk membeli novel dan cuba menghayati karya penulisan. Mungkin peminat komik seperti aku ni,sukar sedikit menghayati novel yang penuh drama dan pemahaman yang mendalam. Tapi ia sebenarnya tidak sukar untuk aku, kerana aku juga lebih terlebih dahulu dikenali sebagai penulis ketika di sekolah dan meminati sastera serta sejarah. Apabila bidang itu ditinggalkan, memilih senibina..tumpuan terhadap komik terarah(puncanya kerana komik lebih ringkas+kerana aku tidak ada banyak masa). Namun kini,apabila sekali lagi aku memilih pengajian komunikasi, aku seharusnya lebih banyak membaca. Apapun, bergantung pada masa + mood + cerita + apa2lah..Anyway,novel ini ok juga. Ada sakit hati, benci, kisah masyarakat melayu yang memang sebegitu(susah nak larikan identiti melayu itu sendiri). Namun pengakhiran mestilah sesuatu yang baik..tapi aku rasa penamat itu terlalu pendek. Tapi tak pe.. Ok juga.
Sinopsis dipetik dari kulit novel 'Anak Perempuan Kabaret'..

1 comment:

Elias Hj Idris said...

Terima kasih kerana sudi melakarkan coretan mengenai novel saya di sini. Sila lawati blog saya

ikhlas daripada,

Elias Hj Idris

http://ikanlepu.blogspot.com/