Saturday, April 11, 2015

Novel: Mungkinkah

Assalamualaikum. 

Dulu blog ni tercipta sebab minat aku pada pembacaan novel. Dulu tu maksudnya awl 20-an, zaman bujang, zaman student. Semua novel yang sudah dibaca, diulaskan di blog ini. Rindu nak berblog. Kihkih. Ada ek? Komitmen dengan anak membataskan masa nak membaca dan berblog. Nak cerite pasal anak? Dua orang anak yang berbeza karakter, tak terlukis dengan kata. Lastly, senyum adalah rungkaian segala tanda syukur. Seperti benar kata pepatah (kata orang tua - tua), anak itu cermin kita waktu kecil. Contoh, anak saya memang suka memanjat. Tak kira apa keadaan, semua nak dipanjat. Normallah kan. Tapi lihat pada cousin dia yang lain, takdalah pulak gitu. Selalu kata ayahnya, rumah saya dulu bertangga. Rumah kampung. Tapi kita orang tak pernah turun guna tangga. Kami adik beradik suka terjun, dan kadang naik ikut tingkap. Noktah..


Novel || #Mungkinkah?  Penulis || #Hanni Ramsul

Novel ini baru baca semalam. Subuh tadi baru tamat pembacaannya. 
Pernah baca novel dari penulis yang sama sebelum ni. Jadi alasan saya nak baca #Mungkinkah, pertama adalah sebab penulis. Nak lihat perkembangan idea dan kematangan penulis untuk novel seterusnya.
Memang ada kelainan. Di mana ia tidak meletakkan status heroin sbg 'anak dara' berbeza dengan novel - novel lain. ADa tapi tak banyak novel begitu. :-)
Apapun, best..!

---------------------------------------------------------------------------
Sinopsis (copy n paste dari web kaki novel.)

Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya
hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk
jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta
perpisahan.
Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya
pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita
cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan
menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa
dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila
Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di
syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad
memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.
Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering
ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan
mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu
tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.
Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan
telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar
untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti
tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.
Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat
Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebihlebih
lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu
menjodohkan Zariff dengan Nabila.
Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa
dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus
matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,
mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?
“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas
kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan
pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali

teguh?”