Thursday, August 23, 2012

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Novel: Isteri Separuh Masa
Penulis: Suri Ryana

Sinopsis
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sabagai menantu. Dia sterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Median Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut - surut. Dia hanya berpura melayan Medina Izwani. Sudah puasa dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara - gara nenek yang ingin menetap bersama mereka. Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya separuh masa...walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Zafril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta hidup bahagia hingga akhirnya?

Kata Aku...
Sebelum itu, komen kat sni sekadar tulisan biasa di mana tidak memperkecilkan penulis. Sekadar mengkomen jalan cerita di dalam novel sahaja. Just fun.

Ok. Tema cinta yang sama seperti novel terdahulu.Takda yg surprise. Jalan cerita yang sudah boleh dibaca oleh pembaca. Rasanya trend kisah cinta mcmni da kena tukar kot. Pembaca da mula bosan dengan trend mcmni..(pembaca lain macamne lak yer..?)

Anyway, novel ni masih boleh layan..klu tak, xkan ia antara novel yg best seller kan...hihi.