Tuesday, December 29, 2009

Ilham Hati by Damya Hanna


Sinopsis

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah - olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia di hukum sedemikian rupa?

Nota: Sinopsis dipetik dari kulit buku Ilham Hati oleh Damya Hanna terbitan Alaf 21.

Kata Aku
apa pendapat korang yang da baca novel ni..? Mesti korang rasa best kan..? Untuk peminat atau pengikut penulis ini, (Damya Hanna) mesti sentiasa ternanti2 akan kemunculan novel terbaru beliau. Emm..aku suka novel nie. Dari segi penulisan Damya Hanna pon dah menampakkan kematangan beliau dan novel ni pon penuh kematangan. Rasa nak baca berulang2 kali..tp belum berkesempatan..Nk update blog pon xsmpat..tp sib baik masih igt password lagi..
Tahniah kepada Damya sebab dah melanjutkn pelajaran.. Semoga dapat menghasilkan novel lebih berkesan melalui ilmu2 bahasa yang dipelajari...

Friday, April 17, 2009

Hanya Kita Berdua By Aina Emir

Sinopsis
~"Pantai Remis telah menemukan Najla dengan Adil, anak Mariam dan Zamani, cucu kepada Tok Alwi yang bukan hanya miskin tetapi nasibnya seringkali dirunding malang. Walaupun bagitu, dari mata hati gadis yang baik itu, Adil dilihat sebagai remaja yang istimewa dan berjaya memikat hatinya mudanya.
Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan pasangan yang sedang hangat bercinta itu. Perpisahan itu telah merobekkan perasaan dan melukakan hati Najla.
Pertemuan dengan Danni, seorang lelaki romantis lagi penyayang dan berkarisma telah berjaya melembutkan perasaan yang terbuku di hati Jajla Haifa. Kehadiran Danni, jejaka macho Melaka-Singapura itu telah menceriakn dan mewarnai hari - harinya semula.
Berjayakah Danni dalam usahanya untuk memikat hati gadis yang pernah gundah gulan itu dan tercapaikah keinginannya untuk menjadikan Najla sebagai isteri yang diidam-idamkannya. Apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan telah mencemarkan nama keluarga Tok Mat Kaya itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam yang berpanjangan malah turu menyentuh naluri hati seorang wanita yang terpaksa mengharungi renteten suka duka kehidupan. Ini dperkuatkan lagi dengan watak - watak romantis dan humor disamping jlan cerita yang penuh dengan persoalan. Yang psti, anda kan terus membaca untk mengetahui kesudahan kisah yang menarik ini!"~ sinopsis dipetik dari kulit buku Hanya Kita Berdu terbitan Karnadya.

I said:-
Novel ni ok..Tapi aku memang rasa letih nk menghasilkan kisah dalam novel ni. Mungkin bnyak subtopik yang aku perlukan ungkapkan.
Apapun, Aina Emir antara penulis yg aku gemar..hihi!

Kembalikan Cintaku - By Norhayati Ibrahim

Sinopsis
~"Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia memohon untuk merasa sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusai, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya"~ dipetik dari kulit buku Kembalikan Cintaku terbitan NB.
i said:-
Dah lma aku berhajat di hati nk tulis pasal bku ni kt blog ni. Namun disbbkan keadaan yg sbuk sgt, aku xsmpat nk update blog ni. Novel dibeli kira2 2 bulan lepas. Mula2, aku igt novel baru NB. Tapi rupanya bukan. Akn tetapi aku tak mnyesal membeli kerana sememangnya ia novel yg menarik. Kelakar x.? Mesti lah kelakar dan romantik.
Novel ni dah diterbitkan kali kebarap, aku tak pasti. Tapi yang ada pada aku adalah cetakan ke3. Boleh tahan jg.Maknanya novel ni mendapat sambutan.
Dalam cerita ini, ada 1 part dimana Wardina kawin dengan Zafrul, pastu balik ke Malaysia.Then terus berpisah.Ditinggalkan tanpa berita. Jalan crite yang sama mcm dlm novel Sehangat Asmara, kan.? Pon berpunca dari seorang lelaki bernama ayah..
Apapon novel ni ada nilaii kemasyarakatan nyer. NB tak pernah tinggalkan nilai2 tu dalam novelnya..

Wednesday, January 21, 2009

Izinkan KuBahagia by Leeya Myra

Izinkan Kubahagia by Leeya Myra

Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa - rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui Soraya, Nadya dan Zafir.Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

"Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat cinta." Zafir
meluahkan perasaannya.
"Sayang saya pula sayang seorang guru kepada muridnya!" Soraya tegas
menolak lamaran cinta itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. "Antara saya dan cinta pertama awak, siapa yang lebih penting?" Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.
Sesak nafas Zafir. Perasaannya terbelah dua. Dia jadi keliru. Hatinya untuk siapa? Nadya tunangnya dan Soraya pula cinta pertamanya. Siapakah kunci kebahagiaannya.? Mereka terperangkap antara harapan, kenangan dan masa depan. Di manakah titik pertemuan mereka? Sedangkan cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir...

"Izinkanku bahagia..." bisik Nadya.Bisikan yang sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Izinkan Kubahagia terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata Aku.
..^-^..
kali pertama baca ringkasan novel ni adalah kat majalah dara. Memang ada niat nak cari novel ini. Tapi setiap kali sampai @ berada kat kedai buku tu, mesti aku terlupa akan tajuk novel ini atau penulis novel ini. Akhirnya, aku berjaya juga memilikinya. Tapi itu pun secara tak sengaja setelah aku tidak menjumpai novel yang aku kehendaki. Mungkin, nak aku habiskan pembacaan novel ni kot.
Oklah novel ni. Cuma bile memikirkan hubungan Nadya dan Fakir tu, aku rasa letih membaca. Seolah - olah aku terikut sekali kepada hubungan mereka yang dah terjalin bertahun - tahun lamanya. Aku sendiri terasa bosan dengan hubungan perjalanan cinta yang bertahun - tahun ni. Tapi aku bermaksud bosan dengan novel ni. Aku terlalu menghayati je.

Lastly, thanks kepada penulis novel ni kerana reply my email..tq