Tuesday, December 29, 2009

Ilham Hati by Damya Hanna


Sinopsis

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah - olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia di hukum sedemikian rupa?

Nota: Sinopsis dipetik dari kulit buku Ilham Hati oleh Damya Hanna terbitan Alaf 21.

Kata Aku
apa pendapat korang yang da baca novel ni..? Mesti korang rasa best kan..? Untuk peminat atau pengikut penulis ini, (Damya Hanna) mesti sentiasa ternanti2 akan kemunculan novel terbaru beliau. Emm..aku suka novel nie. Dari segi penulisan Damya Hanna pon dah menampakkan kematangan beliau dan novel ni pon penuh kematangan. Rasa nak baca berulang2 kali..tp belum berkesempatan..Nk update blog pon xsmpat..tp sib baik masih igt password lagi..
Tahniah kepada Damya sebab dah melanjutkn pelajaran.. Semoga dapat menghasilkan novel lebih berkesan melalui ilmu2 bahasa yang dipelajari...

No comments: