Thursday, August 23, 2012

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Novel: Isteri Separuh Masa
Penulis: Suri Ryana

Sinopsis
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sabagai menantu. Dia sterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Median Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut - surut. Dia hanya berpura melayan Medina Izwani. Sudah puasa dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara - gara nenek yang ingin menetap bersama mereka. Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya separuh masa...walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Zafril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta hidup bahagia hingga akhirnya?

Kata Aku...
Sebelum itu, komen kat sni sekadar tulisan biasa di mana tidak memperkecilkan penulis. Sekadar mengkomen jalan cerita di dalam novel sahaja. Just fun.

Ok. Tema cinta yang sama seperti novel terdahulu.Takda yg surprise. Jalan cerita yang sudah boleh dibaca oleh pembaca. Rasanya trend kisah cinta mcmni da kena tukar kot. Pembaca da mula bosan dengan trend mcmni..(pembaca lain macamne lak yer..?)

Anyway, novel ni masih boleh layan..klu tak, xkan ia antara novel yg best seller kan...hihi.

Saturday, April 21, 2012

Aku Bukan Mistress Oleh Acik Lana

AKu BUKAN MISTRESS - OLeh Acik Lana.

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Sumber : Website KakiNovel

KaTa Aku:
Boleh layan..
Skrg nya plot cite mesti akan fall in love dlm keadaan xsengaja...pas2 bersama..
Menarik jgk..

Saturday, April 7, 2012

Kan KuKejar Cinta Kamu oleh Fauziah Ashari


SInopsis: Kan Ku Kejar Cinta Kamu oleh Fauziah Ashari..

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.
Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...
--------------------------
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler! Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam
senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!
-------------------------
Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot.
Argh! tak boleh jadi ni! - Alma.
You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.
----------------------------
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

::Kata Aku::
Lama da tak layan novel. Sejak 3-4 bulan terakhir ni, kehidupan menjadi tambah sibuk dan dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan baru nie.
Seusai dengan peningkatan usia aku, novel ni boleh dikatakan sangat menarik dan boleh dilayan serta di ulang baca berkali3..kalau da beli tu, orang kata..tak menyesallah beli. Sebab boleh baca banyak kali.. (Aku pegang konsep begitu..Agar dapat sentiasa mengingati diri ini tidak perlu membazir..)

Romantis...of course..sbb cerite orang da kwin.Jadi banyak la babak romantik suami isteri.. Hahaha..okla kan..[ l.o.v.e]