Saturday, June 11, 2011

Biarlah YM Berbicara by Hanni Ramsul

Sinopsis (copy n paste) -KakiNovel


ABANG KAMAL... Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama di hati...


ENCIK FIRDAUS... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati. Dan kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini. Dan kalau bukan kerana cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...


CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat pada mu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...


AKU... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...


Kata Aku...
Oklah novel nie. Kadang2 rasa penat jugak nak menghabiskannya. Sebab lambat sgt nk terbongkarnya rahsia Encik Firdaus tu adalah Charming.
Boleh layanlah novel..Menarik, kelakar tapi tak sedih pun.

Friday, June 10, 2011

Jodoh Atau Cinta by Iman Nizrina





Sinopsis (copy n paste) - KakiNovel


Tengku Iman Umairah... gadis yang jarang sekali menggunakan 'Tengku' di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mertua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat di dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato' Arif, bapa mertuanya.

Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing - masing tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu, marah, geram, sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. Iman pula, apabila Danish bermesraan dengan Maya, si gedik yang menyesakkan, dia akan berjauh hati. Masing - masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Saat cinta bukan milik mereka, contoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta, jodoh seolah - olah bukan lagi milik mereka. Jodoh seolah - olah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?


Kata Aku...

Jodoh atau cinta? pasti ia takdir.. Kedua - duanya adalah takdir.
Komen pertama, trend yg sama lgi. Sejak kebelakangan ini, trend sebegini seperti jadi ikutan. Tak tahu bila ia akn bertukar. Mungkin selagi ada permintaan dan disukai pembaca.
Novel ini, biasa je. Takda terlalu menyentuh hati.

Apapun, boleh kalau nak layan.. :-)

M.A.I.D oleh Suri Ryana




Sinopsis (copy n paste) - KakiNovel


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).


Daripada berbalas - balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik - gedik memburu cinta Mr.F, Nurina - bekas kekasih MR.F yang pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu birukan hidupnya.


Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?


Kata Aku...

Novel ni aku baca 2 kali untuk satu malam. Menarik ker..? Tentula.

Apapun, trend tetap sama.. Kawin terpaksa n then mula jtuh saayang..


Tuesday, June 7, 2011

Cucur Bawang & Kopi 'O' oleh Hasrudi Jawawi


Sinopsis (copy n paste)


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak, RUdiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata - mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing - masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri.



"Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlukan luahkan padanya yang aku memang betul - betulnya cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. Kenapalah isteriku perlu menjadi kekasihmu, Nizam?" ~ Iskandar.



Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kunanti setiap hari. Akan kunanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walaupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah di mataku. ~ Khairulnizam.


Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau da cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta. ~ Rudiana



Kata AKu...


Oklah novel nie. Tema cerita pun masih sama dgn novel2 yg lain. Dan yg penting jgk, masih trend yg sama...kawin paksa/kwin kontrak or seumpamanya..Ni 1st time aku baca novel dr pnulis lelaki.. Oopss, bkn diskrimasi. Lgpon mmg pasaran novel cinta bagi pnulis lelaki agak kurang di pasaran. Dan aku kurang 'klik' dgn pnulis lelaki.. Xpelah kan..


Anyway jgk, ini 1st time aku jumpa novel yg ada adegan 'imbas kembali' dengan menulis smula ayat yg sama...mcm tgk tv lak..

Friday, June 3, 2011

Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah

Sinopsis (copy & paste)

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah saya dibuat pada saya."

"Saya pernah menjadi balu sebelum masanya dan anak - anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdirnya, dia akan menempuhi dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang - kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania terbela.

"Selama aku meniti liku - liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum mengapai bahagia, aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Kata AKu...
Wah, novel yang menarik.. Buat aku bengkak mata.. Cry..Cry...
Sape2 yang suka cite nangis, bleh la layan novel nie.. Tp bab humor tu kurang skit.. Anyway..novel ini best..Tangkap leleh..

Thursday, May 19, 2011

Cinta Kau dan Aku Oleh Siti Rosmizah



Sinopsis: (Copy n Paste)

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah - dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi dirver." Marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."


Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadi hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Kata AKu.:

Tidak akan mengecewakan untuk peminat penulis ini dan juga untuk mereka yang baru mengenali penulis ini.. Best2. Kelakar pun kelakar jugak. Of course, mesti kelakar salah satu karakter yang perlu ada pda setiap satu2 novel itu.. Sedih pn mesti ada..

Tak ketawa, Tak nangis, Tentu tak menarik kan..?

Tuesday, February 8, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah


Lafazkan Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah

Sinopsis:

Tengku Aqilah anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu angkuh dan sombong, ditambah pula kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehingga mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyayangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembus nafas terakhir Tengku Hashim telah membuat wasiat yang telah mengubah segala - galanya. Apakah wasiat beliau? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiannya dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 m/s ini.

Kata Aku...

Ada sapa2 yang belum baca novel ini...? Kalau belum, boleh jadikan ia sebagai pilihan korang utk dijadikan novel bacaan seterusnya.
Aku baru berkenalan dengan novel penulis ini. Novel - novel pnulis ini agak popular kebelakangan ini. Boleh layan novel2 penulis ini...