Tuesday, June 7, 2011

Cucur Bawang & Kopi 'O' oleh Hasrudi Jawawi


Sinopsis (copy n paste)


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak, RUdiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata - mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing - masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri.



"Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlukan luahkan padanya yang aku memang betul - betulnya cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. Kenapalah isteriku perlu menjadi kekasihmu, Nizam?" ~ Iskandar.



Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kunanti setiap hari. Akan kunanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walaupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah di mataku. ~ Khairulnizam.


Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau da cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta. ~ Rudiana



Kata AKu...


Oklah novel nie. Tema cerita pun masih sama dgn novel2 yg lain. Dan yg penting jgk, masih trend yg sama...kawin paksa/kwin kontrak or seumpamanya..Ni 1st time aku baca novel dr pnulis lelaki.. Oopss, bkn diskrimasi. Lgpon mmg pasaran novel cinta bagi pnulis lelaki agak kurang di pasaran. Dan aku kurang 'klik' dgn pnulis lelaki.. Xpelah kan..


Anyway jgk, ini 1st time aku jumpa novel yg ada adegan 'imbas kembali' dengan menulis smula ayat yg sama...mcm tgk tv lak..

1 comment:

Hunny Kitty said...

tunggu dramanya keluar bulan oktober atau november nih