Thursday, October 8, 2015

Dalam Diam Aku Terpikat - Penulis #Aulia_Iman

Dalam Diam Aku Terpikat
Penulis - Aulia Iman

Assalamualaikum
Selamat petang (waktu menulis adalah petang. panas. baru pulih dari jerebu)

Jujurnya, semasa menulis komen ini hampir terlupa jalan cerita novel ini. Rasanya dah hampir sebulan baca novel ni. Baca sikit2 sinopsis belakang novel..dah ingat! *smile*

Sape dah baca novel ni? Kenapa saya suka baca novel dari penulis baru atau penulis yang saya tak pernah baca karya beliau sebelumnya? Kerana...


"Saya mempunyai minat terhadap sesuatu plot novel itu. Jadi kalau boleh, saya nak jumpa plot yg sama je dalam setiap novel yang saya baca. Kebiasaannya saya akan menemui plot yg saya suka di dalam novel yg ditulis oleh penulis baru atau penulis yg kali pertama saya baca hasil tulisannya. Seseorang penulis baru yg telah menghasilkan satu novel yg hebat, pasti akan cuba menghasilkan sesuatu yg lagi hebat dari sebelumnya dan mengubah plot. Sebab tu saya jarang baca novel seterusnya seseorang penulis itu.."

Nak tanya,"Tak jemu baca novel plot yg sama...?"
Walaupun plot sama, kreativiti seseorang itu berbeza. Dah minat saya pada plot yg begitu (plot apa...rahsia..)..hihi.

Apapun, novel ni best dan banyak tisu digunakan (sedih).
Sedih bab maknya
Kelakar bab mandi wajib jadi gurauan..wawa.!
Yang pasti, tak rugi simpan buat koleksinya..
Tak caya, mggu depan...msti aku ulang baca..(kalu free)..hihi.
.

Tahniah kt penulis. Tak kenal tapi gud luckk!!

Ringkasan novel

Sekali pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya drpd tuduhan khalwat.
.
KErana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yg selama ini dipinggirkan kembali semula ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat drpd gangguan ibu dan bapa saudara yg begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?
.
Jom baca!

No comments: