Wednesday, September 2, 2015

Mr. Fussy or Mr. Cool oleh Lieya Ieza

Assalamualaikum...!
.
Lama tak kemaskini blog ini. Hari ni, selesai baca satu novel. (Minat membaca tetap ada tapi kekerapan semakin berkurang sejak ada anak2 kecik nie...hihi!)
.
MR. Fussy Or  Mr. Cool oleh penulis Lieya Ieza. Secara peribadi, tak kenal pun penulis ini. Adakah kerana hati saya memang sedang dirundung sedih atau memang kisah novel ini sangat 'touching', berhelai - helai lah jugak tisu digunakan untuk lama air hingus!!
.
Perkembangan normal. Watak matang ikut usia masing. Dari 22..ke.24..ke...26.
Apapun, seronok baca. Ada ketawa..(kelakar sangat). Ada duka..(sedih menyentuh hati).
.
Happy ending. Happy reading!!!
.
Sedikit Ringkasan,

Akibat kecewa, Dhieya Amiera membawa hati yang lara, Tapi siapa sangka, pertemuan kali pertama dengan seorang jejaka yang cerewet akhirnya mengundang episod baru dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung membawa cerita tersendiri.
Bagi Zharif Farhan, khadiran Dhieya Amiera mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Rasa sukar dimengertikan. Gadis yang sentiasa ceria dan selamba itu membuatkan perasaannya kucar kacir.
Perasaan apakah itu?
.
Jom dapatkan novel ni di pasaran!

2 comments:

Eliza Ab said...

Terima kasih sebab sudi baca Mr. Fussy Or Mr. Cool. Hope MFOMC? tidak mengecewakan.

Masuliza said...

Alhamdullillah. Ia tidak mengecewakan. Teruskan berkarya.. :-)