Tuesday, February 8, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah


Lafazkan Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah

Sinopsis:

Tengku Aqilah anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu angkuh dan sombong, ditambah pula kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehingga mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyayangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembus nafas terakhir Tengku Hashim telah membuat wasiat yang telah mengubah segala - galanya. Apakah wasiat beliau? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiannya dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 m/s ini.

Kata Aku...

Ada sapa2 yang belum baca novel ini...? Kalau belum, boleh jadikan ia sebagai pilihan korang utk dijadikan novel bacaan seterusnya.
Aku baru berkenalan dengan novel penulis ini. Novel - novel pnulis ini agak popular kebelakangan ini. Boleh layan novel2 penulis ini...