Monday, April 19, 2010

Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna

Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna

Sinopsis
Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau da cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkhawinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.
Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti - henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.
Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.
Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun, cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.
Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.
Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.
Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Sepupuku Suamiku terbitan Kaki Novel Enterprise.
Kata Aku...
Novel ni aku beli masa kt Giant, Shah Alam. Kebetulan g sana teman husband aku g ambik bdak2 dia kat PKNS..Sblm tu, sggahlah kejap kat PKNS. Aku sempat masuk MPH sementara suami aku sembang dengan kawan dia. Dalam banyak2 novel yang tersusun tu, aku tertarik dengan novel nie..
Pertama; sebab tajuknya. Sepupuku Suamiku. Macam aku dengan suami aku juga..Jadi aku ambiklah novel nie.
Kedua; sebab nama suami aku Hisham.. Bunyi sama, ejaan berbeza skit jer
Ketiga; Lukisan yang menarik
Keempat; Aku suka crite2 yang kawin dlu kemudian baru nk bercinta
Em..kesimpulannya, best jg. Tpi novel ni aku xdapat nk abiskan dalam satu malam(bnyak gangguan dan tumpuan sering terganggu)..Masa ni da sbuk nk bersalin...

Saturday, April 17, 2010

Tautan Kasih oleh Ryana Adrina

Tautan Kasih oleh Ryana Adrina

Sinopsis
Entah mengapa...Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya? Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi tapi dia tidak panai mengungkap kalimah cinta seperti kata seorang temannya;
'Kau harus pandai mengambil hati dan mencintai seorang lelaki andainya kau ingin mencintai mereka. Kau tak seperti gadis - gadis lain yang ternyata asyik meladeni hati dan perasaan dengan lelaki pujaan. Kau seperti tak pernah teruja punya seorang teman lelaki...'
Ah...lelaki! Perlukah dicari? Atau si dia akan datang dengan sendiri?Indah nama yang diberi tak seindah laingkaran hidup yang dilalui. Itulah Irfan Iskandar. Hidupnya dihujani tohmahan. Namun dia sedar, sekemas - kemas perancangan manusia, Allah jua yang bekuasa menentukan segalanya.

Athirah & Irfan - Kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang... pertemuan kedua berlaku di saat masing - masing hampir memulakan kehidupan baru.

'Haruskah mereka sekali lagi tunduk mengikut telunjuk takdir, menerima sahaja apa yang ada di depang mata? atau membiarkan sahaja hati terus memendam rasa kecewa?'

Sinopsis dipetik dari kulit novel Tautan Kasih terbitan Alaf 21.

Kata Aku...
Novel ni bukan dalam koleksi aku. Aku pun xpasti mcamne novel ni ada kat rak buku aku. Mungkin ada orang yang baca novel ni, dia ingat dia pinjam novel ni dari aku agaknya.

Menarik x.? Aku rasa menarik. Dan ini juga adalah kali pertama aku merasakan yang watak hero tu, si Irfan ni bersalah. Yelah, bersalah kerana memberi harapan pada seorang wanita dan kemudian menghancurkan harapan itu. tapi, macam di kata, soal hati sukar diduga. Takdir juga bukan kita tentukan.. Dalam soal hati, tiada siapa harus dipersalahkan..

Friday, April 9, 2010

Jiwa Merindu oleh Erin Zehana

Jiwa Merindu oleh Erin Zehana

Sinopsis

Pertemuan semula dengan Luqman benar - benar tidak di duga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.
Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan bapanya. Dia pasrah dalam duka.
Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh curiga dan tida sefahaman...bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh - sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Jiwa Merindu terbitan Alaf 21.

Kata Aku..

Novel ni diterbitkan tahun lepas (2009). Aku rasa penulis ni, mungkin penulis baru memandangkan aku xpenah dengar namanya atau aku sendiri yang tidak menyedari kehadiran penulis nie..Aku berjaya menghabiskan novel ni dalam satu malam.Beberapa jam sahja. Tak sangka aku masih mampu membaca sesuatu novel dalam satu malm sahaja. Dlu aku mampu, tpi kerana komitmen pada perkara lain, aku jarang berjaya menghabiskan pembacaan tu dalam satu malam shj.. Mungkin, aku sangat senggang mlm td(tgh berpantang)..jd berjaya aku menghabiskannya..

Ok,..aku rasa novel ni menarik juga. Yang penting kisah orang yang sama2 bujang dan juga kisah orang yang sama2 setia.(Novel cinta memang macam tu kan..hihi). Tapi kenapa father Natasha x suka Luqman..? Aku xfahm.. Tidak kupasan yang mendalam mengenainya. Dan juga kenapa Natasha xnak lawan father dia sedangkan dia patut utamakan suami.? Sedangkan sebelum berkawin pon, slalu juga dia menentang father dia..?

Wednesday, April 7, 2010

Selamat Tinggal Sayang oleh Ma Lee Chuswan

Selamat Tinggal Sayang oleh Ma Lee Chuswan

Aku ingin menjadi 'puteri'..kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri - puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian dogeng zaman kanak - kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskan jua satu yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...

Sinopsis dipetik dari kulit novel Selamat Tinggal Sayang terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

Kata Aku.
Novel ini sudah berada dalam koleksi aku dari tahun 2003. Masa tu aku masih lagi blajar kt kolej. Novel ni tak mengandungi banyk subtopik yang lain.. Lebih bertumpu kepada kisah hero dan heroinnya sahaja. Kisah latar belakang mereka serba sedikit dan konflik dalaman mereka masing2. Aku da banyak kali baca noveel ni. Mesti lah best. Setiap kali baca, setiap kali tu lah tersentuh hati nie. Nangis lah, apa lg..

Tuesday, April 6, 2010

Jauh - Aisya Sofea

Sinopsis
.
.
IKA bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.

Aku mahu sahaja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja.

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh - jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membaka. Meski telah padam, namun baranya masih ada.

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.

Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata - mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit...terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa..!



Sinopsis ini dipetik dari kulit buku Jauh oleh Aisya Sofea terbitan Alaf 21.
.
.

Kata aku..

Novel ni lama da diterbitkan. Novel pertama Aisya Sofea. Aku mmg blum berkesempatan membca novel ni. novelnya ringkas sahaja tapi menarik..

Apapun, aku enjoy membcanya..