Saturday, December 20, 2014

PETUA: MASALAH SENGGUGUT


HAri ini, saya nak kongsi petua Masalah Senggugut. Rasanya, rata - rata wanita alami masalah ini. Tahap sakit tu sahaja yang mungkin berbeza. 

PETUA : Wanita yang sering mengalami sakit perut ketika haid atau senggugut, disaran makan betik setengah masak kerana ia dapat membantu meredakannya.
Caranya: Potong kecil - kecil betik dan sapukan sedikit garam. Makanlah ketika hadi dan ia akan membantu melancarkan haid.

Sape - sape yang sedang alami senggugut tu, boleh cuba. Jika berjaya, tak perlulah lagi anda amalkan pain killer yer..

Thursday, December 18, 2014

TIPS BERNIAGA

Assalamualaikum..
Happy Thursday!!

Hari tu, belek - belek newspaper lama kat rumah mak. Gunting sebahagian akhbar memetik TIps dari Rosyam Nor. Nak share kat sini.. Sape yang suka berniaga, jom kita ambik skit2 Tips ni untuk panduan..

TIPs Berniaga
  1. TAHU - tahu serta minat mengenai produk atau perniagaan ingin dikomersialkan
  2. JENAMA - bina jenama dengan baik, termasuk penampilan dan fizikal tubuh badan menarik bersulam rangka pemasaran berkesan.
  3. PROMOSI - penting untuk orang selalu ingat jenama dan ia boleh dilakukan menerusi pengiklanan.
  4. DERMA - Hulur derma serta zakat kerana ia lebih berkat dalam mensucikan rezeki serta keuntungan yang diterima.
  5. ILMU - Kutip ilmu dengan banyak membaca, termasuk akhbar untuk mengetahui perkembangan semasa dan terkini kerana ia menjana minda.
ADa TerKesan Tak Tips di atas.?
Moga memberi manfaat bersama.

Ayuh BERNIAGA!!

Wednesday, December 17, 2014

KISMIS dan QASEH GOLD JUNIOR


MENGAPA QASEH GOLD JUNIOR MEMILIH KISMIS::
Kerana Kandungan NUTRISI

GARAM MINERAL
1. Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
2. Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
3. Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
4. Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

VITAMIN - VITAMIN
1. Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
2. Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
3. Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
4. Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
5. Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

Qaseh Gold Junior membantu menyokong perkembangan minda, intelek serta, pertumbuhan anak - anak.

INSYAALLAH.

Anda mahukan #QasehGoldJunior untuk anak2, pm saya.
#Watsapp0196978560.

Friday, December 12, 2014

PETUA : TURUNKAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum. Happy Friday!!
Hari ni, mari kita kongsi bersama Petua Turunkan Darah Tinggi. Ada yang menghidap darah tinggi. Jom cuba..


Caranya: Ramas asam jawa dengan segelas air panas, selepas itu campurkan satu sudu gula merah. Minum dan bawa berehat. Kaedah lain, tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air, tapis dan minum setiap hari.


Wednesday, December 10, 2014

BLOUSE MUSLIMAH YANG MURAH/BAIK

Assalamualaikum..!!

Welcome Wednesday!
Semalam ada opening ceremony for our workshop.. Alhamdullillah, berjalan baik dan indah belaka.

Ada yang mencari blouse murah yang berkualiti, ciri - ciri muslimah, labuh melepasi punggung? 

Jom, kita singgah ke LUvly Blouse Murah. Jangan lupa LIKE ya!
Sekarang ni, cuci - cuci je dulu mata pada beberapa pic yang ada ni.. Untuk lebih banyak pilihan, visit LUvly Blouse Murah ya..


UNTUK PLUS SIZE pun ada!!







Saturday, December 6, 2014

Qaseh Sole dan Testimoni

Qaseh Kristal Sole


SOLE paling BERKESAN dalam menstabilkan degupan jantung yang tidak teratur dan ia mampu mengimbangkan tekanan darah. Ia juga amat penting untuk menyeimbangkan keasidan yang berlebihan di dalam sel - sel tubuh terutama sel - sel otak. Sesungguhnya SOLE adalah penting untuk MENGIMBANGKAN TAHAP GULA DALAM DARAH - faktor penting bagi penghidap diabetes.

Secara ringkas, 100% tulen di mana mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh tubuh. Minuman bermineral lengkap yang berfungsi untuk kesihatan optimum. Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.

Rumusan kajian:

  • University Graz, Austrai 2001
  • Fenesta Laboratories, USA 2007
SOLE adalah penting untuk penjanaan tenaga bioelektrik di dalam sel - sel badan
SOLE adalah penting untuk komunikasi dan pemprosesan maklumat antara sel - sel saraf.
SOLE adalah penting untuk penyerapan nutrien makanan melalui usus.
SOLE adalah penting bagi membersihkan paru - paru daripada mukus dan kahak melekit, terutamanya bagi penghidap asma
SOLE bermanfaat untuk penghidap sinus / resdung.
SOLE adalah anti-histamin semulajadi yang baik
SOLE adalah penting untuk mencegah kekejangan otot.
SOLE adalah amat penting untuk mengukuhkan struktur tulang.
SOLE adalah penting untuk penjadualan tidur yang sistematik.

Setitis titisan SOLE pada lidah akan membantu melegakan batuk yang berterusan.

#Penghidap kencing manis adalah antara yang tertinggi melanggan SOLE ini. KErana TERBUKTI menurunkan kadar gula dalam darah ke paras NORMAL.


Untuk langganan, bole sms/watsapp 0196978560
RM52(SM)
RM57(SS)

Friday, December 5, 2014

#Testimoni: Qaseh Gold Junior

Testimoni Qaseh Gold Junior.

Anak - anak pasti akan menyukai rasanya. Walaupun ia manis, ia manis tidak berbahaya.hihi. Manis buah bak kata orang tua - tua. Alhamdullillah, ia bukan ubat malah ia membantu mencegah serta membina sistem imun badan.

https://www.facebook.com/pages/Masuliza-Qaseh-Gold/631669230184190

Thursday, December 4, 2014

Khasiat HabbatusSauda


HABBATUSSAUDA & QASEH GOLD - HASILNYA TERBAIKKK..

Memetik daripada sebuah rencana di Kosmo! Online, kajian oleh .Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Secara ringkas khasiat habbatussauda yg disimpulkan antaranya:
  • "Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” 
  • “Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,
  • “Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda."
  •  “Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

  • “Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” Pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang."

 #QasehGold mengandungi habbatussauda. 

Wednesday, December 3, 2014

M.A.I.D oleh Suri Ryana

NOVEL : M.A.I.D
Sinopis: Dipetik dari web KakiNovel. TQ.


Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Komen Aku.
Sebenarnya lama da novel ni diterbitkan. Tapi sebabkan ia adalah novel ringan dan santai, layanlah bila-bila masa, pasti tertawa. Bila ia adalah novel ringan, tak payahlah berulang kali baca kala sedih yer..Nanty feeling tak sampai..
Best. Walaupun aku kini dah mula masuk fasa mak2..tetap masih boleh layan novel ala2 sweet 17.
Membaca membawa pelbagai perasaan. Jadi, kita sendiri eksperisikan ia..hihi