Friday, June 10, 2011

Jodoh Atau Cinta by Iman Nizrina





Sinopsis (copy n paste) - KakiNovel


Tengku Iman Umairah... gadis yang jarang sekali menggunakan 'Tengku' di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mertua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat di dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato' Arif, bapa mertuanya.

Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing - masing tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu, marah, geram, sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. Iman pula, apabila Danish bermesraan dengan Maya, si gedik yang menyesakkan, dia akan berjauh hati. Masing - masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Saat cinta bukan milik mereka, contoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta, jodoh seolah - olah bukan lagi milik mereka. Jodoh seolah - olah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?


Kata Aku...

Jodoh atau cinta? pasti ia takdir.. Kedua - duanya adalah takdir.
Komen pertama, trend yg sama lgi. Sejak kebelakangan ini, trend sebegini seperti jadi ikutan. Tak tahu bila ia akn bertukar. Mungkin selagi ada permintaan dan disukai pembaca.
Novel ini, biasa je. Takda terlalu menyentuh hati.

Apapun, boleh kalau nak layan.. :-)

No comments: