Friday, October 24, 2008

Kisah Cinta Aku n Dia

Kisah Cinta Aku n Dia

Ini bukanlah kisah cinta berdasarkan tarikan antara satu sama lain seperti yang biasanya terjadi. Kebiasaannya cinta akan berputik apabila seseorang yang kita lihat itu menarik pada pandangan pertama. Aku tidak akan menafikan bahwa wajah yang kacak atau rupa yang indah serta pakej yang lengkap baik gaya, pendidikan serta budi pekerti dan akhlak yang baik adalah faktor - faktor 'cinta' berputik. Seperti kata kawanku, wajah yang 'elok' penting sebab ia nak digunakan lama. Maksud dia, kita akan berhadapan dengan wajah yang sama selama bertahun - tahun. Jadi biarlah wajah itu sedap mata memandang. Memang wajah seseorang itu akan berubah dari semasa ke semasa tetapi ia secara perlahan - lahan. Oleh itu, kesan atau apa - apa sebaliknya, seiring dengan usia dan kita sebagai pendamping. Waktu itu, buruk dan baik sudah diterima seadanya. Setiap orang memiliki satu impian atau mimpi percintaan mereka. Aku tak pasti adakah mimpi itu seperti cerita - cerita dogeng cinderella atau snow white. Namun yang pasti, aku mengangankan satu kisah cinta yang tragis, romantis, dan apa - apa yang menarik. Ingin teman yang bijak, berwajah kacak, sangat menyayangi, dan terlalu banyak kegembiraan. Itu bayangan yang aku saat sebelum bercinta dan belum - belum kenal erti berpasangan. Kisah cinta aku bermula dengan ketika musim raya. Dimana kita diperkenalkan oleh mak masing - masing. Diperkenalkan ketika itu bukan bertujuan untuk dijodohkan tetapi betapa kebetulannya adalah kami belajar di kolej yang di sama. Dan perkenalan itu aku kira sudah berakhir kerana sesungguhnya aku tidak terlintas ia perlu ada susulannya.Namun,aku menerima panggilan darinya. Dipendekkan cerita... kisah percintaan bermula. Pelbagai perkara yang aku belajar dalam percintaan ini. Ia adalah suatu perkara praktikal yang sangat baik dari segala praktikal yang adanya. Pertamanya, aku belajar menerima. Menerima keadaannya diri. Mungkin wajahnya tidak sekacak yang aku idamkan.(Aku suka melihat wajah yang seakan cina, tinggi dan bijak). Dia memiliki ketinggian itu, bulu mata lentik, anak mata coklat mcm aku tetapi pendiam. Namun begitu, satu perkara yang aku puji dan sangat bersyukur adanya dia sifat itu adalah penyabar. Sabar sangat dengan sikap panas baran aku.. Wawa..aku nie panas baran ke..?Dalam usia menginjak pertengahan 20-an, satu perkara yang aku harapkan ialah aku akan terus matang dan matang. Banyak perkara yang aku dah lalui dalam hidup ini. Walaupun aku belum berhadapan dengan dugaan yang besar tetapi mengatasi masalah emosi adalah cabaran aku yang paling besar ketika ini. Emosi yang sering bertukar - tukar, nak2 kepada orang yang mcam aku yang dikategorikan sebagai moody, adalah amat sukar untuk aku atasi. Nak jaga perasaan orang sekeliling. Sebenarnya dah banyak kali aku sakiti orang yang aku sayangi kerana perkara begini. Tapi aku cuba belajar bersabar. MEmang itu yang aku telah cuba dan masih sedang berusaha belajar bersabar. Sabar kan separuh dari iman. Aku nak jadi orang yang beriman.
..^-^..
..^-^..
p/s : actually, apa yg ingin aku tulis, tak sampai.. Tu yang terlahirnya tulisan mcm kat atas nie.. Apa yang cuba ku sampaikan, tak tertulis. Tak ada idea lak.

Crite ini adalah rekaan semata - mata. Tiada kena mengena dengan penulis...

No comments: