Thursday, October 9, 2008

SEHARUM KASIH BY AINA EMIR

SEHARUM KASIH by Aina Emir

Sinopsis
Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata - kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?
Sayang sekali...gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka. Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tetapi redhakan dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!
..^-^..
..^-^..
sinopsis ini dipetik dari kulit buku alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata aku
Aku memiliki novel sewaktu aku berada di dalam semester terakhir pengajian diploma aku..dalam tahun 2004..(dlm diam dah empat tahun). Pertama, aku memamg agak seronok baca novel. Ini kerana, aku mempunyai sedikit pengalaman cinta berkaitan dengan sms. Hubungan persahabatan aku bermula dengan sms dan ia berlangsung selama seminggu sebelum adanya pertemuan pertama. Namun begitu, hubungan persahabatan itu berakhir sebelum bermula hubungan percintaan sebenarnya. Sempat bersahabat selama dua bulan. Banyak faktor dan yang utama adalah kerana berlainan agama. Aku pun tak kisah sebab tujuan aku hanya nak kawan dan pinjam komik dia.. haha.
Ok, berbalik pada novel ni. Menarik. Aku berseronok ketika membaca novel ini. Sangat kelakar ia melambang bahawa kedua - dua mereka ini adalah golongan mereka yang cantik dan kacak. Yang cantik mesti dipadankan dengan yang kacak sahaja. Bagilah pula pada mereka yang manis berpasangan dengan si kacak. Tapi tak pe,novel memang sebegitu. Bila ada yang cantik dan kacak, baru lah ia dapat menarik pembaca. Kisah perjalanan yang agak hidup bersesuaian dengan latar belakang masing - masing. Apapn, aku boleh kategorikan sebagai novel yang aku ulang baca.

p/s: dh xder sms2 skrg nie lg..wawa

No comments: