Monday, October 20, 2008

LAFAZKAN CINTAMU BY AIDA ADRIANI

Lafazkan Cintamu by Aida Adriani

Sinopsis
Mengenali lelaki itu adalah detik - detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti. Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia. Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran., apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu. Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka.
..^-^..
..^-^..
Kata aku..
..^-^..
..^-^..
Ini adalah kali pertama aku merasakan tajuk novel adalah bersesuaian dengan jalan ceritanya. Kebiasaannya tajuk novel adalah mengikut mana - mana kata - kata yang sedap. Yang ini, ok. Lafazkan Cintamu!. Masing - masing (Haikal & Erina)..xlafazkan cinta masing - masing, jadi mereka telah wat haluan masing - masing(terutama Erina) dengan mengahwini Razwan.,(Nak dijadikan cerita lagi, Erina masih suci walaupun mereka dah berkahwin lbh 2 bln).. Novel ini, agak sudah lama jg diterbitkan iaitu dua (2) tahun yang lalu - 2006. Tapi aku baru sj bc novel nie. Novel ini bukan koleksi aku. Ia dijumpai oleh seseorang dan membawa ianya pulang ke rumah. So, aku pun bacalah. Dah memang hobi membaca novelkan..? AKu merasakan novel nie menarik juga. Tak kurang idea juga penulis ini. Sebab hubungan Erina dan HAikal adalah baik dari mula sehingga akhir. Walaupun ia kelihatan mendatarkan kerana membiarkan watak utama itu berada dalam keadaan baik dari mula tapi sekurang - kurangnya ia takdalah streotype sangat seperti novel dan drama kt tv skrg nie. Dah biasa sgt watak utama novel di wujudkan dengan permulaan merek bergaduh kemudian baik dan bercinta. Apapun, novel ini kira menarik. Boleh dikategori untuk baca berulang. Tapiiiii....xbanyak babak romantik.. X jiwa!

Sinopsis dipetik dari kulit buku Lafazkan Cintamu terbitan alaf 21.

p/s : anyway, novel ini xda dlm koleksi aku(sbb aku xbeli buku ni)..tp ia ada kt umah aku dan mungkin akan kekal kt umah aku..jd bolehlah aku jdkan ia sbg koleksi aku.

2 comments:

seriadriani said...

terima kasih kerana sudi baca Lafazkan cintamu.

Masuliza said...

sama - sama. ^-^