Saturday, December 1, 2007

Kisah dari Bambino!

Apa itu Bambino..

Bambino adalah sebuah drama bersiri Jepun lakonan Jun Matsumoto, pelakon dan juga penyanyi dari kumpulan J-Pop terkenal di Jepun iaitu Arashi..*arashi = storm (meaning of Arashi).

Aku sangat suka drama ini kerana ia memberi kita motivasi. Sesetengah orang kadang kala tidak memerlukan sebarang sumber untuk memupuk motivasi diri dalam mereka. Namun begitu, sebaliknya berlaku kepada aku. Aku suka menonton drama - drama Jepun terutama yang menceritakan kesukanan, cita - cita dan cinta kerana banyak menyelitkan semangat atau kesungguhan mereka untuk berjaya. Walaupun ia sebuah kisah cinta, tetapi akan diwujudkan satu 'ungkapan atau kata - kata perangsang' untuk mengambarkan semangat mereka dalam memiliki cinta, berusaha menjadi kuat jika tewas dari cinta dan seolah - olah tiada isitilah tewas atau lemah dalam diri mereka. Aku akan berasa semangat selepas menonton drama - drama ini. Dan ia adalah sumber aku dalam mendapatkan semangat atau motivasi diri.

Sebelum Bambino, drama yang benar - benar memberi kesan kepada aku ialah Good Luck lakonan Takuya Kimura. Seperti mendapat semangat baru yang tidak pernah aku miliki selesai sahaja menonton drama itu. Bertitik tolak dari drama inilah, aku mula menyukai drama Jepun dan sering tercari - cari motivasi yang cuba ditampilkan di dalam setiap drama yang ditontoni. Kadang kala, siri animasi mereka juga banyak motivasi. Namun, terjemahan bahasa kadang kala tidak bersesuai dengan budaya Malaysia dan disebabkan itulah timbulnya isu mengatakan siri animasi seperti Naruto disesuai ditonton kanak - kanak kerana bahasa yang kesat seperti yang dilaporkan baru - baru ini. Banyak lagi siri animasi yang memberi motivasi (Shin Chan tidak termasuk-memang tidak sesuai dalam membentuk minda sihat kanak - kanak) seperti Bleach, Trinity Blood, Slam Dunk, Prince Tennis dan pelbagai lagi.

Berbalik kepada Bambino, kisah seorang remaja yang bercita - cita menjadi tukang masak masakan Itali. Merasakan diri sangat hebat memasak, namun tidak menyedari bahawa memasak di dapur sekolah memasak, tidak sama seperti memasak di dapur memasak sebuah restoran terkenal di bandar Tokyo. Tetap bercita - cita menjadi chef masakan Itali terhebat walaupun terpaksa bermula dari pelayan restoran. Seperti kata ketua tukang masak, 'bagaimana kita nak masak masakan yang hebat jika tidak dapat melihat reaksi pelanggan'.
^-^ Aku ingat lagi dialognya tetapi aku terjemah kepada melayu..'Pergi sejauh mana kau boleh pergi." Akhirnya, Bambino telah menanam impian untuk ke Itali. Walaupun tiada sebarang pengetahuan dan pengalaman yang cukup, Bambino percaya akan ada tempatnya di Itali dan dia merasakan Itali sedang menunggunya! Finally, he went to Itali and work there.
...
...
^-^ Ingin tinggal setahun di Jepun untuk merasa 4 musim negara itu..^-^

No comments: