Tuesday, December 2, 2008

ATAS NAMA CINTA BY BIKASH NUR IDRIS

Atas Nama Cinta by Bikash Nur Idris

Sinopsis
'Cinta ibarat berlian
yang mempunyai benih faset. Jernih atau
kabur cahayanya bergantung
kepada pengosoknya.'
Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu jauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka lakukan perkara yang serupa; berbohong. Dan pembohonan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka sama berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul; Kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA sepenuhnya.
..^-^..
..^-^..
Kata Aku.
Aku suka novel ini! Dah lama aku tak baca novel yang pada aku sangat romantis and 'happy happy' je bila membacanya. Mungkin juga kerana ketika membaca novel ini, aku sedang merindui seseorang yang dah lama aku tak jumpa, sebab aku rasa 'terbuai' ketika membaca novel ini.
Aku paling suka part bila kata - kata ini dikeluarkan:
"Kau tak akan rasa keterlaluan kalau kau jatuh cinta pada orang yang betul! Kau tak akan rasa keterlaluan kalau melihat sendiri orang yang kau cinta rapat dengan lelaki lain!. Kau tak akan rasa keterlaluan kalau kau rasa apa aku rasa".
I like it. Ye lah, kalau aku pun, ntah di mana tahap jeles aku. Wawa..
Btw..tapi tak best nyer bile gelaran 'penyapu' diberi kepada seseorang manusia. Walau ia hanya di dalam novel, tapi tak patut di beri gelaran itu.
Sinopsis dipetik dari kulit buku 'Atas Nama Cinta' terbitan NHF Media.
p/s : Merindui seseorang adalah sesuatu perkara yang paling memenatkan - pada pendapat aku.

No comments: