Wednesday, December 3, 2008

I Have Something...

Hari ini aku mendapat satu email dari seorang teman yang berada di pantai timur. Menceritakan mengenai orang kita yang kaya tetapi amat kurang atau sedikit caranya dalam mengamalkan cara hidup islam,apatah cara hidup melayu.Mereka lebih kebaratan. Melihat fenomena masa kini, ia sudah menjadi perkara biasa dan lumrah kehidupan.(Aku amat benci untuk mengiyakannya.) Aku juga tidak mahu mengutuk secara berlebihan kerana itu semua balasan atau soal jawab mereka dengan yang Esa.

Seperti fenomena yang berlaku pada beberapa malam yang lalu, dimana kelihatan bulan seperti sedang tersenyum terbentuk di langit kita. Adakah mengatakan ia seperti satu petanda atau adakah bulan itu sedang tersenyum mengejek kepada mereka yang berada di bawahnya.? Namun yang pasti, setiap kejadian itu datang dari yang Esa. Ia sering memberi gambaran agar kita mengingatiNya dan tidak terus leka.


Aku percaya kepada perkara timbal balik. Maksud aku, sesuatu perkara yang kita lakukan samada baik atau buruk, atau sesuatu yang kita lakukan kepada seseorang, pasti akan ada balasannya. Namun hari ini aku 'terusik' sdikit apabila membaca sebuah blog. Antara isi tulisannya ia mengenai mengkritik hasil karya seseorang. Mungkin penulis itu, meluahkan berdasarkan pandangan beliau sebagai seorang penulis itu sendiri. Tapi sebagai seorang pembaca seperti aku ini,tujuan mengkritik aku terhadap sesuatu novel itu, adalah bertujuan berkongsi pendapat atau lebih kearah memberitahu penulis itu sendiri perasaan kita terhadap novel. Bukan bertujuan menjatuhkannya. Kerana aku sangat menghargai mereka yang mampu sebuah novel. Bukan mudah untuk menghasilkan beribu - ribu perkataan. Ia adalah satu kerja yang 'hard'.. Apapun, terpulang kepada diri sendiri dan niat diri ketika memberi kritikan dan juga bergantung kepada posisi mana kita berada. Menghargai adalah perkara yang sangat penting dalam sesuatu komuniti. Mereka yang membeli karya orang lain juga harus dihargai. Mesti adalah timbal balik...

No comments: