Wednesday, September 24, 2008

Setengah Berisi, Setengah Kosong

Setengah Berisi, Setengah Kosong oleh Parlindungan Marpaung
Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Adakalanya kita ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.
Apakah faktor yang menentukan respons kita pada situasi itu? Jawapannya adalah perspektif.
SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG? menyajikan kisah - kisah inspirasi yang mampu membetulkan persektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah - kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi.Rasa optimisti yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

..^-^..
..^-^..
Sinopsis ini dipetik dari kulit buku SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG?

Kata aku..
Pertama kali aku membaca helaian pertama buku ini, aku sudah tertarik dengan bahasa yang digunakan.Ini adalah sebuah buku yang berasal dari Indonesia dan ia telah diterjermahkan ke bahsa Malaysia. Mungkin unusur - unsur bahsa indonesia itu masih ada, jadi bahasa yang berbeza itu agak menarik. Pada aku, bahsa indonesia bagi karya - karya puitis atau penulisan adalah sangat menarik, halus serta indah. Ia membuatkan aku terus membelinya. Dah lama jg dalam simpanan aku..mgkin awal tahun lalu.
Kisah - kisah motivasi di dalam nya juga menarik. Kisah - kisahnya lebih realiti. Andai dahulu, kita selalu mendengar ungkapan "usaha tangga kejayaan" atau "Bersusah susah dahulu, bersenang kemudian"..tp pernahkah kita membayangkan atau melihatnya secara realiti.. Aku melihat ia melalui buku ini..? Minda aku memikirkannya dan hati aku menerusinya.
Aku telah banyak membaca buku - buku motivasi.tetapi ini adalah yang pertama memberi kesan kepada aku. Mungkin kerana bahasa buku ni. Maksud aku, cara penyampaian message nya kepada pembaca.

No comments: