Wednesday, September 24, 2008

SENAFAS RINDU BY DAMYA HANNA

SENAFAS RINDU BY DAMYA HANNA

Sinopsis
TEGARKAH dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata - kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu,jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan angan tinggi.
Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti..sinar buatnyaakan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain.. Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
..^-^..
..^-^..
Sinopsis dipetik dari kulit buku Senafas Rindu terbitan Alaf 21.

Kata aku.. ^-^
Novel ini aku beli sewaktu berlangsungnya pesta buku 2007 kt PWTC. Secara kebetulannya juga novel ini merupakan salah satu novel baru yang hangat diperkenalkan ketika itu. Yang lagi

menarik, novel milikku ini mempunyai tandatangan Damya Hanna. Sempatlah juga saling bertanya khabar hari tu.
ok..berbalik kepada novel nie. Aku tak boleh nak kategori novel nie sbg sesuatu yang aku boleh 'ulang tayang' selalu. Sebab ia tak beberapa nak romantik dan tak realisitik. Kalau nak novel itu bersifat drama, ia seharuslah drama 100%. Kalau mahu ia bersifat fantasi(tak semestinya perlukan magic),biarkan pembaca benar - benar diberikan kebenaran untuk berangan - angan. Jangan dihalang fantasi pembaca. Persabahatan seseorang itu dengan bangsa lain di dalam masyarakat Malaysia tidak seperti yang senyatakan. Sebab tu aku sedikit sukar nak terima keadaannya. Apapn, novel ini masih lagi boleh menjadi minat kepada seseorang lain.Tumpuan aku atau harapan aku ketika mengambil buku ini untuk dibayar dari raknya, adalah untuk membaca karya Damya Hanna. Seperti kata Damya Hanna(aku xigt kt maner aku bacanya), dia memang sedang membuat percubaan menghasilkan novel yang memaparkan hubungan yang berbangsa/agama lain. Ia percubaannya boleh dikatakakn berjaya. Mempelbagaikan hasil karyanya.

p/s:
Cube bayangkan senyuman manis seorang perempuan tanpa gula..(tanpa lipgloss)..

No comments: