Saturday, September 27, 2008

SEMUSIM RINDU BY ALEYA ANEESA

SEMUSIM RINDU BY ALEYA ANEESA
Sinopsis
DI SEBALIK senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati - hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudar sendiri, kini kasih itu diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa.Benarlah...perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila - bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya.. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dia dibiarkan terkapai - kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan Allah pada dirinya yang ingkar?Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?
..^-^..
Sinopsis dipetik dari kulit buku 'Semusim Rindu' yang diterbitkan oleh Alaf 21
..^-^..
..^-^..

Kata aku
Aku rasa sudah agak lama juga beli novel ni. Tak pasti bila ia ku beli sehingga aku sudah tak ingat mcmner perjalanan ceritanya. Jadi malam tadi aku telah membacanya semula. Bagi aku, agak menarik juga buku. Dan aku juga tak pasti sama ada ini adalah novel pertama bagi penulis novel ini. Namun apapun ia tetap memberi hasil yang menarik. Setiap watak utama iaitu hero pastikan sering ditampilkan dalam keadaan 'nakal' namun mempunyai tahap kesetiaan pada wanita yang kononnya dia mencintai wanita itu. Yang heroinnya mesti 'baiklah sesangat' tapi sering dibuli walaupun dah terlalu berhati dari orang yang ingin membulinya. Untuk dijadikan cerita. Sebenarnya dah banyak perkara stereotaip sebegini. Namun pada aku, ia sudah sebati dalam dunia penulisan novel kerana ia tidak wujud dalam dunia sebenarnya. Hanya di dalam penulisan sahaja ia diwujudkan. Andai kata, ia cuba lari dengan merealitikan seperti kehidupan sebenar, tidak siapa yang berminat. Fantasi dunia pembacaan adalah satu yang sangat menghiburkan. Ia menyeronokkan. Ia tidak boleh terlalu realiti seperti di dalam drama tv kerana ia kurang menarik. (ini hanya pndgan aku)..Melihat kepada watak Ikhman, sama seperti watak Hariz(dlm Ombak Rindu), dan ada lagi yang lain tapi aku kurang ingat untuk senaraikannya. Ada babak sedih juga dalam novel yang wat aku sedikit sedu..haha. Lastly, aku memang suka endingnya di mana Hajar g continue study kat Jepun. Aku suka penulis g kaitkan negara Jepun. Kerana aku suka sangat dan menjadi idaman aku untuk tinggal kat negara matahari terbit tu.(at least setahun dah cukup asalkan aku dapat merasai empat musim kt sana.)

p/s : Komen aku nie hanya berdasarkan novel yang aku baca dan tidak berkaitan dengan mana - mana novel yang tidak disebut.

*stereotaip : mengikut kamus dewan edisi keempat, stereotaip adalah 'tidak mengandungi atau menunjukkan ciri - ciri dsb yang baru atau asli.

No comments: