Friday, April 17, 2009

Hanya Kita Berdua By Aina Emir

Sinopsis
~"Pantai Remis telah menemukan Najla dengan Adil, anak Mariam dan Zamani, cucu kepada Tok Alwi yang bukan hanya miskin tetapi nasibnya seringkali dirunding malang. Walaupun bagitu, dari mata hati gadis yang baik itu, Adil dilihat sebagai remaja yang istimewa dan berjaya memikat hatinya mudanya.
Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan pasangan yang sedang hangat bercinta itu. Perpisahan itu telah merobekkan perasaan dan melukakan hati Najla.
Pertemuan dengan Danni, seorang lelaki romantis lagi penyayang dan berkarisma telah berjaya melembutkan perasaan yang terbuku di hati Jajla Haifa. Kehadiran Danni, jejaka macho Melaka-Singapura itu telah menceriakn dan mewarnai hari - harinya semula.
Berjayakah Danni dalam usahanya untuk memikat hati gadis yang pernah gundah gulan itu dan tercapaikah keinginannya untuk menjadikan Najla sebagai isteri yang diidam-idamkannya. Apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan telah mencemarkan nama keluarga Tok Mat Kaya itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam yang berpanjangan malah turu menyentuh naluri hati seorang wanita yang terpaksa mengharungi renteten suka duka kehidupan. Ini dperkuatkan lagi dengan watak - watak romantis dan humor disamping jlan cerita yang penuh dengan persoalan. Yang psti, anda kan terus membaca untk mengetahui kesudahan kisah yang menarik ini!"~ sinopsis dipetik dari kulit buku Hanya Kita Berdu terbitan Karnadya.

I said:-
Novel ni ok..Tapi aku memang rasa letih nk menghasilkan kisah dalam novel ni. Mungkin bnyak subtopik yang aku perlukan ungkapkan.
Apapun, Aina Emir antara penulis yg aku gemar..hihi!

Kembalikan Cintaku - By Norhayati Ibrahim

Sinopsis
~"Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia memohon untuk merasa sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusai, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya"~ dipetik dari kulit buku Kembalikan Cintaku terbitan NB.
i said:-
Dah lma aku berhajat di hati nk tulis pasal bku ni kt blog ni. Namun disbbkan keadaan yg sbuk sgt, aku xsmpat nk update blog ni. Novel dibeli kira2 2 bulan lepas. Mula2, aku igt novel baru NB. Tapi rupanya bukan. Akn tetapi aku tak mnyesal membeli kerana sememangnya ia novel yg menarik. Kelakar x.? Mesti lah kelakar dan romantik.
Novel ni dah diterbitkan kali kebarap, aku tak pasti. Tapi yang ada pada aku adalah cetakan ke3. Boleh tahan jg.Maknanya novel ni mendapat sambutan.
Dalam cerita ini, ada 1 part dimana Wardina kawin dengan Zafrul, pastu balik ke Malaysia.Then terus berpisah.Ditinggalkan tanpa berita. Jalan crite yang sama mcm dlm novel Sehangat Asmara, kan.? Pon berpunca dari seorang lelaki bernama ayah..
Apapon novel ni ada nilaii kemasyarakatan nyer. NB tak pernah tinggalkan nilai2 tu dalam novelnya..

Wednesday, January 21, 2009

Izinkan KuBahagia by Leeya Myra

Izinkan Kubahagia by Leeya Myra

Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa - rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui Soraya, Nadya dan Zafir.Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

"Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat cinta." Zafir
meluahkan perasaannya.
"Sayang saya pula sayang seorang guru kepada muridnya!" Soraya tegas
menolak lamaran cinta itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. "Antara saya dan cinta pertama awak, siapa yang lebih penting?" Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.
Sesak nafas Zafir. Perasaannya terbelah dua. Dia jadi keliru. Hatinya untuk siapa? Nadya tunangnya dan Soraya pula cinta pertamanya. Siapakah kunci kebahagiaannya.? Mereka terperangkap antara harapan, kenangan dan masa depan. Di manakah titik pertemuan mereka? Sedangkan cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir...

"Izinkanku bahagia..." bisik Nadya.Bisikan yang sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Izinkan Kubahagia terbitan alaf21.
..^-^..
..^-^..
Kata Aku.
..^-^..
kali pertama baca ringkasan novel ni adalah kat majalah dara. Memang ada niat nak cari novel ini. Tapi setiap kali sampai @ berada kat kedai buku tu, mesti aku terlupa akan tajuk novel ini atau penulis novel ini. Akhirnya, aku berjaya juga memilikinya. Tapi itu pun secara tak sengaja setelah aku tidak menjumpai novel yang aku kehendaki. Mungkin, nak aku habiskan pembacaan novel ni kot.
Oklah novel ni. Cuma bile memikirkan hubungan Nadya dan Fakir tu, aku rasa letih membaca. Seolah - olah aku terikut sekali kepada hubungan mereka yang dah terjalin bertahun - tahun lamanya. Aku sendiri terasa bosan dengan hubungan perjalanan cinta yang bertahun - tahun ni. Tapi aku bermaksud bosan dengan novel ni. Aku terlalu menghayati je.

Lastly, thanks kepada penulis novel ni kerana reply my email..tq

Tuesday, December 30, 2008

TERNYATA CINTA BY DAMYA HANNA


Ternyata Cinta by Damya Hanna


Sinopsis


Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita - cita untuk digapai. Namun, demi adik - adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi tersendiri! Memburu lelaki kaya!


ZARIEL -Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri - ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.


IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali menganggu emosi. Qastina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhananaan sifatnya meruntun hati si gadis.


Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita - cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua - duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.


Sinopsis dipetik dari kulit novel Ternyata Cinta terbitan Alaf 21.


Kata Aku.

Selama ini, aku sering tertanya novel genre yang bagaimana menarik minat pembacaan aku. finally, aku rasa novel cinta yang agak fantasi mungkin menjadi pilihan. Mengemari kisah cinta yang romantis, penuh fantasi dan berkarekter lain dari yang biasa menjadi keutamaan aku dalam memilih dan mengklasifikasikan sebagai novel kegemaran aku. Aku mengatakan ia adalah favourite, bermaksud ia membuatkan aku senyum sendirian tanpa ketika membaca, ketawa tanpa disedari juga dan bertukar kepada anganan. Hidup aku penuh aku tekanan. Samada tekanan kerja atau belajar, jadi membaca novel sebegini membawa aku ke sebuah alam yang tiada kesulitan, yang ada hanya suatu keindahan kisah itu. Yang aku bawa bersama ketika membaca dimana romantis cinta itu meresap ke dalam jiwa ku juga. Aku akan merasa relakx kerana ia.Ternyata cinta merangkumi semuanya. Bacanya tidak merugikan. Lagipun, Damya Hanna memang seorang penulis yang sudah ada nama dalam dunia penulisan novel cinta. huhu.

Tuesday, December 16, 2008

CINTA PERTAMA BY NORHAYATI BERAHIM

Cinta Pertama by Norhayati Berahim

Sinopsis
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala - galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati...atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati.?Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama...terseksa dalam keindahan?
..^-^..
..^-^..
Kata Aku.

Aku baca novel ini masa masih lagi study kt seremban. MEmang seluruh pembacaan aku banyak berlaku sewaktu aku sedang study kat sana.Norhayati Ibrahim adalah penulis yang aku gemari. Novel - novelnya banyak menyelitkan kemasyarakatan dan namun begitu kisah cinta yang diselitkan masih lagi sesuai dengan pemikiran dan penerimaan aku. Aku suka novel. Aku dah banyak kali ulang membacanya. (Memang dah tabiat aku mengulang baca novel2 ni). Antara sebab aku suka novel ini adalah ada sumber humor yang aku rasa ia hidup dan menarik.

Sinopsis dipetik dari kulit novel Cinta Pertama terbitan Alaf 21.

Tuesday, December 9, 2008

Datuk Shah Rukh Khan


Bile Shah Rukh Khan jadi datang Melaka, aku adalah antara orang yang paling suka. Pertamanya kerana aku merasakan dia tak sombong macam dulu. Itu persepsi aku yang berubah bila dia setuju datang Melaka.

Tak kisahlah apa masyarakat Malaysia nak kata atau kutuk ke atas gelaran yang telah di anugerahkan kepadanya. Anugerah tetap anugerah cuma yang berubah ialah nilai kepada anugerah itu mengikut penerima anugerah itu.

Wednesday, December 3, 2008

I Have Something...

Hari ini aku mendapat satu email dari seorang teman yang berada di pantai timur. Menceritakan mengenai orang kita yang kaya tetapi amat kurang atau sedikit caranya dalam mengamalkan cara hidup islam,apatah cara hidup melayu.Mereka lebih kebaratan. Melihat fenomena masa kini, ia sudah menjadi perkara biasa dan lumrah kehidupan.(Aku amat benci untuk mengiyakannya.) Aku juga tidak mahu mengutuk secara berlebihan kerana itu semua balasan atau soal jawab mereka dengan yang Esa.

Seperti fenomena yang berlaku pada beberapa malam yang lalu, dimana kelihatan bulan seperti sedang tersenyum terbentuk di langit kita. Adakah mengatakan ia seperti satu petanda atau adakah bulan itu sedang tersenyum mengejek kepada mereka yang berada di bawahnya.? Namun yang pasti, setiap kejadian itu datang dari yang Esa. Ia sering memberi gambaran agar kita mengingatiNya dan tidak terus leka.


Aku percaya kepada perkara timbal balik. Maksud aku, sesuatu perkara yang kita lakukan samada baik atau buruk, atau sesuatu yang kita lakukan kepada seseorang, pasti akan ada balasannya. Namun hari ini aku 'terusik' sdikit apabila membaca sebuah blog. Antara isi tulisannya ia mengenai mengkritik hasil karya seseorang. Mungkin penulis itu, meluahkan berdasarkan pandangan beliau sebagai seorang penulis itu sendiri. Tapi sebagai seorang pembaca seperti aku ini,tujuan mengkritik aku terhadap sesuatu novel itu, adalah bertujuan berkongsi pendapat atau lebih kearah memberitahu penulis itu sendiri perasaan kita terhadap novel. Bukan bertujuan menjatuhkannya. Kerana aku sangat menghargai mereka yang mampu sebuah novel. Bukan mudah untuk menghasilkan beribu - ribu perkataan. Ia adalah satu kerja yang 'hard'.. Apapun, terpulang kepada diri sendiri dan niat diri ketika memberi kritikan dan juga bergantung kepada posisi mana kita berada. Menghargai adalah perkara yang sangat penting dalam sesuatu komuniti. Mereka yang membeli karya orang lain juga harus dihargai. Mesti adalah timbal balik...