Tuesday, November 4, 2008

SEHANGAT ASMARA BY AISYA SOFEA



SEHANGAT ASMARA BY AISYA SOFEA


Sinopsis

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagian mereka tiba - tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya?
..^-^..
..^-^..
Kata Aku
..^-^..
..^-^..
Novel ini hadiah daripada teman sempena hari jadi aku yang ke - berapa, aku sendiri kurang pasti. Mungkin ke-19 tahun,sewaktu tahun ke dua di pusat pengajian. Aku memang sangat nak beli novel Aisya Sofea nie, tapi tak sangka mereka terlebih dahulu menghadiahkan kepada aku. Thanks to u all. Dan novel ini telah menjadi novel favourite aku selama - lamanya.Pertama, novel ini membuatkan aku membayangkan andainya aku memiliki teman lelaki atau ada lelaki yang jatuh cinta kepada aku dan kemudiannya mempunyai karakter seperti dalam novel ini. Aku memang teruja sangat dengan watak lelaki dalam ini. Perjalanan cerita yang aku rasa ok. Ok tu tak bermaksud boleh tahan, cuma tambahan kepada, ia memang sangat menarik. Sememangnya hidup di luar negara, jauh dari keluarga serta budaya dan akidah yang mereka yang berlainan dengan kita, melayu terutamanya adalah amat mencabar. terpulang pada individu mengawal akal masing - masing. Kadang - kadang manusia lengkap pakej mereka - akal didikan, agama, keluarga tapi kenapa sering terjebak dengan yang tak baik. Banyak kajian - tapi sukar untuk mendapat jawapan pasti apabila masing - masing sebenarnya sedar perbuatan sendiri tapi masih melakukan. Ok.. berbalik pada novel ini. Terlalu banyak adegan romantis.. Wah, I loveeeeeeeeee it!.. Terbuai rasanya. Nak - nak orang seperti aku ini, yang terlalu banyak berangan dan ingin sangat bercinta saat itu.. Tapi, angankan itu mula berkurangan apabila komitmen bertambah.. Sekarang ni aku dah xleh tumpu pada berangan. Komitmen kerja + belajar-to my dgree+tunang+family...masa aku dah terbahagi kepada pelbagai perkara. Hingga aku lupa jalan cerita@nama watak yang aku baru baca xsampai seminggu! Mungkin juga sebab novel tu xbest kot!.. Apapun, novel ini memang best!..

..^-^..
..^-^..
Sinopsis dipetik dari kulit novel 'Sehangat Asmara' terbitan Alaf 21.

p/s: Adakah mungkin kita bertemu dengan mereka yang serupa atau seakan watak2 yang dijelmakan atau dihidupkan di dalam novel/komik..?

2 comments:

LaDolce vs CN said...

i think i hv to read dis novel once again...huhuuu, tp kna bli lain la yg dulu da ilang..:-)

qhairina said...

ni pn best