Saturday, September 27, 2008

Ketibaan Syawal Yg Dinanti


SEMUSIM RINDU BY ALEYA ANEESA

SEMUSIM RINDU BY ALEYA ANEESA
Sinopsis
DI SEBALIK senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati - hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudar sendiri, kini kasih itu diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa.Benarlah...perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila - bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya.. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dia dibiarkan terkapai - kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan Allah pada dirinya yang ingkar?Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?
..^-^..
Sinopsis dipetik dari kulit buku 'Semusim Rindu' yang diterbitkan oleh Alaf 21
..^-^..
..^-^..

Kata aku
Aku rasa sudah agak lama juga beli novel ni. Tak pasti bila ia ku beli sehingga aku sudah tak ingat mcmner perjalanan ceritanya. Jadi malam tadi aku telah membacanya semula. Bagi aku, agak menarik juga buku. Dan aku juga tak pasti sama ada ini adalah novel pertama bagi penulis novel ini. Namun apapun ia tetap memberi hasil yang menarik. Setiap watak utama iaitu hero pastikan sering ditampilkan dalam keadaan 'nakal' namun mempunyai tahap kesetiaan pada wanita yang kononnya dia mencintai wanita itu. Yang heroinnya mesti 'baiklah sesangat' tapi sering dibuli walaupun dah terlalu berhati dari orang yang ingin membulinya. Untuk dijadikan cerita. Sebenarnya dah banyak perkara stereotaip sebegini. Namun pada aku, ia sudah sebati dalam dunia penulisan novel kerana ia tidak wujud dalam dunia sebenarnya. Hanya di dalam penulisan sahaja ia diwujudkan. Andai kata, ia cuba lari dengan merealitikan seperti kehidupan sebenar, tidak siapa yang berminat. Fantasi dunia pembacaan adalah satu yang sangat menghiburkan. Ia menyeronokkan. Ia tidak boleh terlalu realiti seperti di dalam drama tv kerana ia kurang menarik. (ini hanya pndgan aku)..Melihat kepada watak Ikhman, sama seperti watak Hariz(dlm Ombak Rindu), dan ada lagi yang lain tapi aku kurang ingat untuk senaraikannya. Ada babak sedih juga dalam novel yang wat aku sedikit sedu..haha. Lastly, aku memang suka endingnya di mana Hajar g continue study kat Jepun. Aku suka penulis g kaitkan negara Jepun. Kerana aku suka sangat dan menjadi idaman aku untuk tinggal kat negara matahari terbit tu.(at least setahun dah cukup asalkan aku dapat merasai empat musim kt sana.)

p/s : Komen aku nie hanya berdasarkan novel yang aku baca dan tidak berkaitan dengan mana - mana novel yang tidak disebut.

*stereotaip : mengikut kamus dewan edisi keempat, stereotaip adalah 'tidak mengandungi atau menunjukkan ciri - ciri dsb yang baru atau asli.

Friday, September 26, 2008

J-Drama & Movie

Koizora. Yang nie versi drama. Yang ver.movie pn dh tgk. crite ni prnh dtayngkn d m'sia. Love story. Sad ending.
Code Blue - Pasal profesion kedoktoran. Yang ni aku xtau nk komen mcner. Lbh drama. Xder crite psl love. Lbih fokus kpd praktikal kerjaya doctor2 training. Aku suka jg. Boleh tahan handsome.Ni pun best juga..Yang ni continue dr death note yg terdahulu.
Ni antara J-Drama & movie yang aku tonton tahun nie(2008). Sememangnya, aku gemar sgt menonton j-drama klau ada masa terluang. Kadang2 waktu sedang sibuk pun aku sempat menonton. Kecuali jika ada peperiksaan. Xleh lah aku bersikap tamak menonton memandangkan sikap tamak itu atau keinginan yang tinggi sangat untuk menonton ketika itu adalah kemungkinan besar kerana disebabkan hasutan syaitan yang sedang cuba melalaikan manusia dari melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sudah tentu waktu itu adalah aku perlu menelaah pelajaran. Jika aku masih terperdaya dengan godaan syaitan supaya menjengah2 kt internet melihat j-drama terbaru, maka berdansa lah si syaitan kerana berjaya memperdayakan dan membawa manusia lalai dari tanggungjawabnya..hahaha..ketawalah si syaitan itu.





Wednesday, September 24, 2008

SENAFAS RINDU BY DAMYA HANNA

SENAFAS RINDU BY DAMYA HANNA

Sinopsis
TEGARKAH dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata - kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu,jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan angan tinggi.
Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti..sinar buatnyaakan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain.. Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
..^-^..
..^-^..
Sinopsis dipetik dari kulit buku Senafas Rindu terbitan Alaf 21.

Kata aku.. ^-^
Novel ini aku beli sewaktu berlangsungnya pesta buku 2007 kt PWTC. Secara kebetulannya juga novel ini merupakan salah satu novel baru yang hangat diperkenalkan ketika itu. Yang lagi

menarik, novel milikku ini mempunyai tandatangan Damya Hanna. Sempatlah juga saling bertanya khabar hari tu.
ok..berbalik kepada novel nie. Aku tak boleh nak kategori novel nie sbg sesuatu yang aku boleh 'ulang tayang' selalu. Sebab ia tak beberapa nak romantik dan tak realisitik. Kalau nak novel itu bersifat drama, ia seharuslah drama 100%. Kalau mahu ia bersifat fantasi(tak semestinya perlukan magic),biarkan pembaca benar - benar diberikan kebenaran untuk berangan - angan. Jangan dihalang fantasi pembaca. Persabahatan seseorang itu dengan bangsa lain di dalam masyarakat Malaysia tidak seperti yang senyatakan. Sebab tu aku sedikit sukar nak terima keadaannya. Apapn, novel ini masih lagi boleh menjadi minat kepada seseorang lain.Tumpuan aku atau harapan aku ketika mengambil buku ini untuk dibayar dari raknya, adalah untuk membaca karya Damya Hanna. Seperti kata Damya Hanna(aku xigt kt maner aku bacanya), dia memang sedang membuat percubaan menghasilkan novel yang memaparkan hubungan yang berbangsa/agama lain. Ia percubaannya boleh dikatakakn berjaya. Mempelbagaikan hasil karyanya.

p/s:
Cube bayangkan senyuman manis seorang perempuan tanpa gula..(tanpa lipgloss)..

Setengah Berisi, Setengah Kosong

Setengah Berisi, Setengah Kosong oleh Parlindungan Marpaung
Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Adakalanya kita ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.
Apakah faktor yang menentukan respons kita pada situasi itu? Jawapannya adalah perspektif.
SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG? menyajikan kisah - kisah inspirasi yang mampu membetulkan persektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah - kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi.Rasa optimisti yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

..^-^..
..^-^..
Sinopsis ini dipetik dari kulit buku SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG?

Kata aku..
Pertama kali aku membaca helaian pertama buku ini, aku sudah tertarik dengan bahasa yang digunakan.Ini adalah sebuah buku yang berasal dari Indonesia dan ia telah diterjermahkan ke bahsa Malaysia. Mungkin unusur - unsur bahsa indonesia itu masih ada, jadi bahasa yang berbeza itu agak menarik. Pada aku, bahsa indonesia bagi karya - karya puitis atau penulisan adalah sangat menarik, halus serta indah. Ia membuatkan aku terus membelinya. Dah lama jg dalam simpanan aku..mgkin awal tahun lalu.
Kisah - kisah motivasi di dalam nya juga menarik. Kisah - kisahnya lebih realiti. Andai dahulu, kita selalu mendengar ungkapan "usaha tangga kejayaan" atau "Bersusah susah dahulu, bersenang kemudian"..tp pernahkah kita membayangkan atau melihatnya secara realiti.. Aku melihat ia melalui buku ini..? Minda aku memikirkannya dan hati aku menerusinya.
Aku telah banyak membaca buku - buku motivasi.tetapi ini adalah yang pertama memberi kesan kepada aku. Mungkin kerana bahasa buku ni. Maksud aku, cara penyampaian message nya kepada pembaca.

Sejujurnya...

Sejujurnya aku hampir terus melupai blog ini. Maaf, bukan aku sengaja. Kesibukan dari awal tahun yang lalu,wt aku lupa nk update blog nie.. tp aku tetap x lupa minat membaca aku..
Minggu lpas(xsilap aku 15hb/9)..ada satu pertandingan menulis esei anjuran DBP..tarikh tutupnya. Aku ada hantar esei utk pertandingan tue., Btw, sengaja cuba nak nasib. Namun yang sebenar benarnya, rindu nak menulis dan masuk pertandingan(walau xpernh menang!).. Tapi yg xbest masa kt saner(kt DBP tue..), cara dia bersoal jawab dgn aku mcm esei tu terbuka kepada kakitangan kerajaan. Xder sensitiviti langsung! (Benganng!!)

Xkisahlah! Yg penting adalah mencuba. Untung nasib sabut timbul!.